Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

Dari Table Hassan Melayu

03 September 2014

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.."


Pendahuluan 

Laman blog ini dibina setelah laman blog yang lama runtuh dek kerana permianan alam maya, walla hu alam la tu kerja siapa, tak mengapa lah, benda pun nak buat percuma dan boleh buat seberapa banyak laman blog menggunakan blogspot plat form ni.

Nama penulis laman blog ini adalah aku.Aku yang senang dipanggil dengan nama Hassan sahaja. Cukup lah mengenali aku dengan panggilan HASSAN sahaja.

Aku dilahirkan di Tanjong Karang Selangor, berdarah Banjar lah kiranya aku ni. 3 April 1975 itu lah tarikh aku dilahirkan. Keturunan aku menghasilkan pendapatan dari bersawah, memang itulah sinonimnya orang banjar ni. Umur aku 4 tahun aku dibawa berpindah ke Kuala Lumpur bersama-sama ibu dan ayah aku yang bertugas di pusat bandar Kuala Lumpur. Tapi tidak lah membawa maksud hilang terus pertuturan bahasa banjar aku. InsyAllah jika ada urang bersurah banjar, insyAllah aku akan faham dan dapat berkomunikasi didalam dialek banjar.

Mula terlibat dengan dunia penulisan laman blog ini sejak 6 tahun yang lalu. Pelbagai laman blog telah aku dirikan.Tetapi semuanya berjaya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Entah lah kenapa sebabnya aku sendiri pun tak tahu. Adakah kerana aku menceritakan atau mendedahkan perkara sebenar dengan fakta yang sediaada atau digodam dengan sengaja kerana Al Maklumlah dunia alam maya ni "Cyber-war" kata orang putih.Namun itu tidak cukup untuk melunturkan semangat aku untuk terus menulis di peringkat alam maya ni. Usaha dan perjuangan jangan dilunturkan kerana pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan Syaitan dan Iblis juga berjanji di hdapan Allah S.W.T bahawa mereka akan menyesatkan manusia dan anak cucu cicit Adam sehingga dunia ini dikiamatkan Allah S.W.T.

Sejak dari awal penglibatan aku dalam penulisan dilaman blog ini lagi, POLITIK adalah minatku. Mendapatkan sumber seberapa banyak yang aku mampu, mendedahkan sesuatu isu semasa,membongkar kesulitan dan ketidak fahaman orang lain itu adalah kerja aku sejak dari dulu. Tapi kadang-kadang aku ni disalah anggap oleh pihak lain yang pastinya akan memngatakan aku ni penulis yang rasis , dan hanya memihak kepada kerajaan. Senang cakap aku ni penulis yang berbayar lah kononya. Entah siapa pula yang beri fund kepada aku untuk menulis , aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti,aku berdiri dengan diri aku sendiri dalam erti kata banjarnya ..."I am Not Standing For Any Party Politics, I'm Standing for The Government Of The Day..." so faham-faham aje sudah lah yer.

So kepada semua pembaca, baca dan fahamilah apa yang cuba Hassan sampaikan,jangan disalah ertikan setiap apa yang hassan cuba dedahkan dan sampaikan nanti. Kalau ada terkena batang hidung sesiapa,tidak kira lah Pak Menteri ke, Pihak-pihak pembangkang ke, Harap maafkan lah yer tinggalkan komen anda sebagai seorang yang berpemikiran terbuka dan menerima apa sahaja pendapat orang lain.

Sekian dahulu dari Table Hassan Melayu.
Terima kasih diucapkan kepada pembaca.

berilah komen yang membina, bukan komen yang menghina.....

Wassalammualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh....




No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading