Berita berkenaan wakil PAS
(Mahfuz) melawat Sirul Azhar Umar yang mendapat perlindungan di
Pusat Tahanan Imigresen (IDC ),
Villawood, Sydney Australia tersebar secara meluas apabila wakil wartawan PAS dari Harakahdaily turut bersama-sama rombongan
ahli keluarga Sirul yang di taja khas bagi menziarahi banduan diatas tuduhan
membunuh model terkenal warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahfuz pada awalnya mempunyai harapan yang bergitu tinggi
agar dirinya dapat bertemu dengan Sirul sejurus ahli keluarga sirul masuk untuk
bertemu dengan Sirul.
Malangnya, mahfuz dan beberapa wakil PAS yang lain hanya
menanti diluar pusat tahanan tersebut dan hanya mendengar cerita daripada adik
perempuan Sirul yang keluar selepas 2 jam masa yang diberikan oleh pusat
tahanan tersebut.
Penulis yang berfikiran , sekiranya Mahfuz lepas masuk untuk
bertemu dengan Sirul Azhar , agak-agaknya apakah cerita tambahan yang akan
dibuat oleh Mahfuz dan rombongan untuk diwar-warkan kepada rakyat?
Bagaimana pula dengan panggilan yang dibuat oleh Mahfuz tempoh hari yang war-warkan kepada wartawan bahawa dirinya sempat berhubung dengan sirul serta mempunyai rantaian mesej melalui applikasi whatapps bahawa Sirul akan mendedahkan siapakah pembunuh Altantuya Shaariibuu yang sebenar.
Bagaimana pula dengan panggilan yang dibuat oleh Mahfuz tempoh hari yang war-warkan kepada wartawan bahawa dirinya sempat berhubung dengan sirul serta mempunyai rantaian mesej melalui applikasi whatapps bahawa Sirul akan mendedahkan siapakah pembunuh Altantuya Shaariibuu yang sebenar.
Secara jelasnya , PAS hanya membelanjakan wang kutipan yang
datangnya dari hasil rakyat kepada pembaziran dengan membawa Mahfuz dan berapa
lagi wakil serta wartawan harakahdaily untuk membuat liputan pertemuan diantara
Piah Samad ibu kepada Sirul serta adik perempuanya Noriati Umar ,37.
Sudah terang lagi bersuluh penipuan yang dibuat oleh Mahfuz
Omar , Ketua Penerangan PAS Pusat yang mendakwa pernah berhubung dengan Sirul
sewaktu dirinya menjadi tahanan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) Australia.
No comments:
Post a Comment