Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

BUDAK-BUDAK BOTAK ANWAR IBRAHIM

10 March 2015



Ni satu hal lagi perkara bodoh dan kategori KHURAFAT SOLIDARITI terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bersemayam di Penjara Sungai Buloh untuk lima (5) tahun. 

Protes ini juga bertujuan untuk mengumpul sokongan bagi menuntut supaya Anwar dibebaskan dan petisyen tersebut akan diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Antara mereka yang turut serta membotakkan kepala adalah Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dan Adun Machang Bubuk, Lee Kai Loon.

"Saya botakkan kepala untuk pembebasan Anwar dan juga bersihkan Sabah dari pendatang asing," kata Jimmy sambil menambah beliau merasa bebas selepas membotakkan kepala.

Bernazar lah kononya diorang ni untuk menunjukan sokongan mereka terhadap tuntutan mereka agar Anwar Ibrahim boleh hadir didalam sidang parlimen yang sudah masuk hari kedua. 

Seramai 15 orang penyokong Pakatan Rakyat termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen membotakkan kepala sebagai simbolik menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Protes yang diadakan di hadapan pintu masuk Parlimen turut disertai wakil rakyat gabungan pembangkang.


...................................................................................................................................................................

ALANG KEPALANG DAH BERCUKUR TU , LEPAS NI BOLEH TERUS KE PENJARA SUNGAI BULOH UNTUK BERTAWAF PULAK SEBANYAK MANA YANG MAMPU !!!!

KALAU BOLEH BIAR SAMPAI PITAM !!!!! 

INGINKAN LEBIH KEBERKATAN, SEWAKTU MELAKUKAN TAWAF , JERIT KUAT-KUAT NAMA ANWAR IBRAHIM SUPAYA SEMANGAT DIA TAK LUNTUR UNTUK MENERUSKAN PENGHIDUPAN UNTUK LIMA TAHUN.



PERGINYA PELAWAK TERKENAL "HARUN SALIM BACHIK"

08 March 2015





Allahyarham Harun Salim Bachik dikhabarkan telah kembali ke-rahmatullah sebentar tadi . Semoga rohnya disemadikan bersama-sama orang yang beriman dan dijauhkan dari segala seksaan dan peroleh seluruh kerahmatan dari Illahi .....

AL-FATEHAH ......

TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI, BODOH YANG BERLAGAK PANDAI

06 March 2015


Berita berkenaan wakil PAS (Mahfuz) melawat  Sirul Azhar Umar yang mendapat perlindungan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney Australia tersebar secara meluas apabila wakil wartawan PAS dari Harakahdaily turut bersama-sama rombongan ahli keluarga Sirul yang di taja khas bagi menziarahi banduan diatas tuduhan membunuh model terkenal warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahfuz pada awalnya mempunyai harapan yang bergitu tinggi agar dirinya dapat bertemu dengan Sirul sejurus ahli keluarga sirul masuk untuk bertemu dengan Sirul.
Malangnya, mahfuz dan beberapa wakil PAS yang lain hanya menanti diluar pusat tahanan tersebut dan hanya mendengar cerita daripada adik perempuan Sirul yang keluar selepas 2 jam masa yang diberikan oleh pusat tahanan tersebut.

Penulis yang berfikiran , sekiranya Mahfuz lepas masuk untuk bertemu dengan Sirul Azhar , agak-agaknya apakah cerita tambahan yang akan dibuat oleh Mahfuz dan rombongan untuk diwar-warkan kepada rakyat?

Bagaimana pula dengan panggilan yang dibuat oleh Mahfuz tempoh hari yang war-warkan kepada wartawan bahawa dirinya sempat berhubung dengan sirul serta mempunyai rantaian mesej melalui applikasi whatapps bahawa Sirul akan mendedahkan siapakah pembunuh Altantuya Shaariibuu yang sebenar.

Secara jelasnya , PAS hanya membelanjakan wang kutipan yang datangnya dari hasil rakyat kepada pembaziran dengan membawa Mahfuz dan berapa lagi wakil serta wartawan harakahdaily untuk membuat liputan pertemuan diantara Piah Samad ibu kepada Sirul serta adik perempuanya Noriati Umar ,37.  


Sudah terang lagi bersuluh penipuan yang dibuat oleh Mahfuz Omar , Ketua Penerangan PAS Pusat yang mendakwa pernah berhubung dengan Sirul sewaktu dirinya menjadi tahanan di Pusat Tahanan Imigresen (IDC) Australia. 

" SAYA NAK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE UNITED KINGDOM " PUNYA CERITA

Pengumuman keputusan SPM semalam ada suka ada yang mendukacitakan hassan.

Hari ni bila view berita awani yang sempat temubual dengan salah seorang pelajar cemerlang tersebut, dengan selamba dia mnjawap akan menyambung pelajaran ke luar negara.

Sakitnya tu disini .............

Susah payah kerajaan menaik taraf pendidikan pengajian tinggi di Malaysia, senang2 diorg jawap nak sambung pelajaran ke luar negara. Susah payah org tua mcm aku ni membebel dengan TS.Muhyiddin Yassin untuk memastikan anak2 melayu bersemangat untuk sabung belajar di tanahair sahaja , senang lenang diorang jawap nak ke oversea.

Paling memalukan salah seorang yang ditemubual adalah pelajar terbaik perempuan berbangsa cina , selamba dia jawap , " saya ingin sambung pengajian di Universiti Tunku Abdul Rahman".

Malas aku nak cerita panjang jer berkenaan dengan anak melayu yang sambung belajar keluar negara ni. Nanti ada pulak yang bercakap dipentas UMNO wakil daripada pelajar luar negara bahawa bloggers tempatan tak support mereka. Sakit juga hati bila ada yang melemparkan kata2 tersebut sewaktu perhimpunan umno tahun lepas.

Salah tak kalau aku cakap .....
" DASAR TAK KENANG BUDI .....TAK SEDAR DEK UNTUNG....."

SORRY TO SAY THAT...

HASAN MALEK PUNYA SEMBANG

08 January 2015



"OPS PASCA BANJIR "

Beginilah sembang ber-degar Hasan Malek yang juga Menteri KPDNKK . Operasi kawalan harga barang secara besar-besaran akan dilakukan hari ini di seluruh pusat beli belah dan kedai-kedai runcit bagi memastikan harga barang tidak naik mendadak semasa dan selepas bencana banjir terutama sekali kepada 4 negeri yang terlibat iaitu Pahang , Kelantan , Perak dan Terengganu. 

Persoalanya, mampukah KPDNKK melakukan pemantauan tersebut sepanjang masa ? 

Sewaktu operasi berjalan , memang harga barangan akan kembali kepada asal , sebelum ianya dinaikkan , namun apa pula akan berlaku sekiranya operasi tersebut tamat ? sedangkan yang ada sekarang pun , harga barangan dan makanan dinaikkan sesuka hati , dah macam senario pilihnaraya kecil la pulak. 

"Operasi secara besar-besaran diadakan bertujuan untuk memastikan barangan makanan dan keperluan adalah mencukupi dan dapat dibeli dengan harga berpatutan semasa dan selepas banjir," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan barangan keperluan sekolah kepada mangsa banjir daripada lapan pasar raya dan pasar raya besar.

2000 orang penguatkuasa telah dikerahkan untuk memantau dan mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. 

PS:

macam ni lah , apakata setiap ambush yang dilakukan oleh KPDNKK tidak perlu diwar-warkan kepada umum menerusi media massa dan media cetak. Apa yang penting adalah menyiarkan peruncit-peruncit dan peniaga-peniaga makanan yang kena ambush harga mereka dalam berita dan akhbar , baru rakyat nampak dan ada keberkensaanya sebelum dan selepas operasi berjalan. 

Belum apa-apa dan buat annoucement , keluar Tv , FB , Twitter bagai . bila golongan peniaga dan perucit tahu perihal ini , tidak mustahil mereka dengan pantas akan menurunkan harga mereka, namun selepas operasi KPDNKK berkahir , mereka akan menaikkannya semula. Logik la sikit bila bertindak tu. 

............................apa kata anda pula......


EDISI PANAS BANJIR : PERLU JAWAP SEBELUM RAKYAT "FUCK" NIK AZIZ

30 December 2014


Sekarang satu persatu rakyat membongkar kerahsiaan yang dibuat oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar Negeri kelantan terdahulu.

Jika sebelum ini pelbagai tohmohan dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO , perampok harta rakyat , pencabul hak rakyat , KAFIR dan macam-macam lagi tuduhan dibuat tanpa melihat sisi kain mereka sendiri. 

Hari ini apabila banjir besar melanda Negeri Kelantan, diantara puncanya adalah Kemusnahan hutan di Kelantan untuk tujuan Pembalakan atau Pertanian adalah dalam skala yang begitu dahsyat sekali. Kemusnahan kawasan tadahan semulajadi ini tidak dapat kita nafikan merupakan salah satu punca kepada banjir. Video ini saya rakam dari google earth menyusuri dari sungai kelantan di kota bharu naik ke hulu sehingga ke Lojing bersempadan dengan Perak.

JAHANAM HABIS !!!!!!!

SIAPA MAU TAMPIL KEHADAPAN UNTUK MEMBUAT PENAFIAN PEMBALAKAN INI BERLAKU DILUAR PENGETAHUAN LA KONON-KONONYA . WALHAL HASIL PEMBALAKAN SEMUA DAH KAUT. 

MUNGKIN SEBAB INI JUGA , PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI PAKATAN RAKYAT LAMBAT TURUN AGAKNYA . 



EDISI BANJIR : POLITIK PEMBANGKANG BERSIFAT "MENGANJING"

KEADAAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
Dengan sengaja memainkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia sedang bermain Golf di Hawaii dalam tempoh beliau sedang bercuti , adalah sebuah isu dan point yang boleh dianggap sampah dan tiada isu untuk diperhangatkan oleh parti pembangkang didalam pasca banjir di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung tanahair.

Dalam pada masa yang sama juga Timbalannya YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai pengerusi bencana melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih berada didalam negara dan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi bencana sekaligus mewakili kerajaan persekutuan. 

Pembangkang memainkan isu kononya bantuan yang disalurkan oleh NGO atau badan bukan kerajaan kepada mangsa banjir sengaja disekat oleh anggota yang ditugaskan di setiap zon-zon merah serta di pusat-pusat pemindahan mangsa yang telah ditetapkan. Sedangkan penyaluran bantuan tersebut seharusnya perlu melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diberi mandat bagi mengkoordinasikan apa sahaja keputusan yang difikirkan perlu. 

Namun kerana terkenal dengan sikap BODOH SOMBONG , implikasinya adalah lambakan bantuan yang hanya akan menyebabkan pembaziran yang nyata. 

Sebaliknya sekiranya bekalan bantuan yang cuba disampaikan kepada mangsa banjir melalui saluran yang betul. Rasionalnya adalah MKN lebih akan menempatkan bekalan yang benar-benar diperlukan oleh setiap mangsa banjir yang terlibat.

Apakah tidak terfikir oleh parti pembangkang bahawa Menteri Besar kelantan sendiri yang dari parti PAS juga turut bersetuju dengan plan tindakan yang telah diberikan bagi memastikan nyawa rakyat di Negeri kelantan khususnya yang menjadi mangsa kepada bencana alam ini berada didalam keadaan yang senantiasa diutamakan oleh semua pihak.

Sebaliknya pula yang datang dari luar Negeri Kelantan kelihatan seperti "LEBIH SUDU DARI KUAH " walhal, tidak pernah mengelola banjir pun seteruk Negeri Kelantan. Tapi dek kerana masing-masing mempunyai agenda politik , maka pelbagai isu pula ditimbulkan tanpa memikirkan bahawa penyelaras bencana masih lagi YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin malah, YAB.Dato'Seri Najib juga bergegas pulang dari luar negara bagi melihat sendiri apakah yang diperlukan bagi membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan demi rakyat Malaysia.

HENTIKAN LAH POLITIK BANGSAT PEMBANGKANG . JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT KELANTAN LAGI DENGAN AGENDA POLITIK KOTOR PEMBANGKANG 

PANAS ISU RAKYAT !!!!! DBKL LAYAN MELAYU MACAM PENDATANG !!!!!

28 September 2014



Video Insiden yang menjadi viral kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggemar laman sosial seperti Facebook dan laman blog di jadikan bahan bukti bagi menunjukkan bahawa pihak penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak prihatin kepada peniaga bumiputera yang berniaga di kaki lima atau kawasan rekriasi di sekitar pusat bandaraya tersebut. 



"Tiada tindakan berat sebelah...para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar kita akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut."

Itu maklum balas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz yang menyifatkan pihaknya tidak pernah bertindak kasar terhadap peniaga bumiputera di ibu kota.

...............................................................................................................

Hassan Nak Cakap Sikit Boleh ? 

Berapa lama dah perkara seperti ini berlaku disekitar Kuala Lumpur ? Jawapanya semua orang tau dah lama. Di Kepong kawasan jinjang Cina berapa ramai cina berniaga di kaki lima, bukak meja sampai kacau parking kereta ? Dan lama kan ? 

Benda ni semua orang nampak,semua orang menilai dengan baik bagaimana tindakan badan penguatkuasa seperti DBKL , Majlis Perbandaran dan lain-lain menjalankan tugas mereka. Logik akal berfikir, mereka ni berniaga, sekiranya ianya mencemarkan dan mengotorkan kawasan sekeliling maka WAJIB DBKL atau Majlis Perbandaran bagi saman atau sita perniagaan mereka. 

Hassan tengok cina kalau buka gerai atau kedai tepi jalan , sampah bukan main berlambak,tak ada pulak DBKL atau Majlis Perbandaran nak saman atau sita perniagaan mereka. Contohnya di Kawasan jinjang Kepong Kuala Lumpur.

Orang kita ni jenis kalau bertindak adil dan sama mereka takkan berbunyi dan bercakap tanpa ada bukti dan penglihatan sendiri. Sekiranya DBKL mahu bersikap adil dan sama-rata sila la lakukan perkara yang sama kepada peniaga Cina dan India di kawasan mejoriti mereka. Itu baru adil dan rakyat nampak tindakan DBKL itu sama rata.  


PANAS !!! GELARAN USTAZ DIPERTIKAIKAN !!!!

14 September 2014


Cikgu Mat Razi belum menjadi wakil rakyat lagi dah menerima pelbagai tomohan dan penghinaan termasuklah gelaran Ustaz yang diberikan kepada dirinya kerana sifatnya yang baik orangnya. 

Difikir-fikir takkan lah gelaran ustaz tu senang-senang orang nak kasi jika tidak kerana sifat dan perangainya serta baik budi pekertinya. 

Tetapi ianya tidak berlaku didalam golongan parti lawanya iaitu PAS. Wan Rosdi sendiri pun tidak lah seberapa jika dibaca melalui biodatanya, tak ada satu pun yang dikaitkan bahawa dirinya adalah warga pendidik atau penceramah agama atau penceramah bebas atau guru agama . Tetapi di Pengkalan Kubor , bergelar Ustaz Wan Rosdi tak ada siapa pula nak lemparkan kata-kata kesat buat dirinya. 

Ini lah dia sikap dan sifat orang kita di Malaysia ini , terutama sekali penyakit ini semakin menular di kalangan orang-orang Melayu. Amatlah sedih bukan .

Seharusnya gelaran yang baik itu diberikan kepada mereka contohnya seperti Calon Barisan Nasional seperti Cikgu Mat Razi ni. BERSESUAIAN lah dengan kredabeliti dirinya yang datangnya dari seorang warga pendidik. Tetapi mengapa perlu ada pertikaian , jika tidak kerana ingin menjatuhkan dirinya. Itu lah jawapan yang BETUL dan TEPAT.

Bagi penulis , Hassan sokong dan bersetuju dengan gelaran yang diberikan serta jolokan nama yang diberikan kepada Cikgu Mat Razi. Apa-apa pun, Cikgu Mat Razi perlu kuat dan meneruskan perjuangan yang selama hari ini telah di usahakan da diperjuangkan. 

Kalau pun bukan kerana nama Barisan Nasional atau UMNO tetapi kerana Anak BAngsa kita , anak bangsa pewaris negara.  


PANAS !!! ISU ROYALTI MINYAK MENJADI PERMAINAN POLITIK PAS !!!!!


Politik PAS setiap hari dengan menanam sifat kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional dengan menyatakan kepada rakyat Pengkalan Kubor bahawa Kerajaan Dato'Seri Najib adalah kerajaan penyamun hak rakyat. 

Hadi Awang pada malam tadi didalam ceramahnya di peti undi Kedai Geting,Pengkalan Kubor , menyatakan bahawa rakyat Kelantan harus bangkit bersama-sama kerajaan PAS untuk menuntut hak rakyat Kelatan yang dirampas oleh kerajaan pusat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan didalam kenyataan media yang dibuat selepas penamaan calon semalam menyifatkan bahawa kenyataan yang di keluarkan oleh Hadi Awang itu adalah bersifat fitnah dan tidak benar. 

Demikian juga apabila isu pembangunan Pengkalan Kubor yang tidak membangun kerana kerajaan pusat telah menyekat peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan bagi bertujuan tersebut. 

Datuk Shafie Apdal , sejarah membuktikan bahawa BN telah berjaya membangunkan negara ini setanding dengan negara-negara lain.

Beliau berkata, Pas sewajarnya menyalahkan diri sendiri sekiranya mereka membangkitkan isu Pengkalan Kubor tidak membangun seperti kawasan lain.

"Bukan kita (yang patut dipersalahkan), tetapi kerajaan negeri. Tapi saya yakin pertimbangan pengundi bukan sekadar daripada segi pembangunan, mereka (pengundi) mahukan seorang tokoh yang boleh membantu masyarakat.

''Calon kita sudah mempunyai pusat pendidikan, (calon BN) sebelum menjadi wakil rakyat sudah berkhidmat walaupun dalam keadaan terbatas.

''Bayangkan sekiranya dia mempunyai kedudukan yang lebih baik,'' katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin kerusi tersebut dapat dikekalkan berdasarkan reputasi cemerlang calon BN serta kekuatan jentera parti itu yang bersatu padu.

''Jentera kali ini saya nampak antara yang paling bersatu, tidak ada rasa cemburu apabila Mat Razi Mat Ail dipilih sebagai calon.

''Semua sepakat dan bergerak dalam satu pasukan, namun kita tidak boleh terlalu selesa dan perlu bekerja keras mendampingi pengundi meraih sokongan,'' katanya.

Sementara itu, di KUALA PILAH, Mohd. Shafie menjelaskan Mat Razi dilihat sebagai penyelesai masalah biarpun beliau berlatarbelakangkan agama.

Sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan BN khususnya UMNO mengambil calon berlatarkan agama, beliau berkata, hakikat itu mematikan dakwaan kononnya calon berkenaan tidak mempunyai keupayaan untuk bersuara dan tidak mempunyai pengaruh yang kemudiannya dia akan diketepikan.

''Kita sedihlah apabila kita BN letakkan calon berlatarkan agama ia dikatakan tidak bersuara, bila kita tidak letakkan calon seperti itu dia katakan kita kafir.

''Tetapi apa yang kita lihat, calon kita ini mempunyai pengetahuan yang tinggi. Malah kita lihat sebelum dia menjadi calon pun Mat Razi banyak melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk setempat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah.






AGENDA MEMISAHKAN SABAH DAN SARAWAK DARI GAGASAN MALAYSIA

04 September 2014



Isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk merampas Putrajaya dari UMNO-BN. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang-Guan Eng melihat hanya dengan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia sahaja, barulah mereka dapat menguasai Putrajaya, sebelum kemudiannya dicantumkan dengan Singapura yang memberi majoriti 4/5 yang tidak membolehkan lagi Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu wujud secara diiktiraf oleh Perlembagaan.
Kerana itulah, pada tahun 2011, ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, isu ini mula dimainkan dan ditiupkan. Selepas 'kejayaan' DAP menguasai 12 kerusi DUN di Sarawak pada PRN itu berbanding 6 pada tahun 2006, isu tersebut semakin panas. PKR yang bercita-cita besar dengan bertanding di 49 kerusi DUN, mula mereka-reka cerita kononnya mereka akan menang dan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional.
Untuk tujuan tersebut, PKR menerusi Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mula bercakap tentang perlunya Sarawak keluar dari Malaysia. Tetapi percakapan tersebut dibuat secara berkias dan tidak terlalu berterus-terang.
Bagaimanapun, keputusan PRN ialah BN masih lagi mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti di DUN Sarawak. PKR yang bercakap besar, kecundang teruk kerana daripada 49 kerusi yang ditandingi, hanya 3 kerusi DUN sahaja yang berjaya dimenangi.
Walau bagaimanapun, dengan menggunakan proksi dari STAR dan beberapa orang pemimpin buangan yang kecewa kerana tidak dapat projek, isu Sarawak keluar dari Malaysia mulai kedengaran. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mula bergerak ke Sabah untuk mengekalkan momentum dan gelombang penentangan terhadap Pusat. Kempen dan ceramah dibuat secara lebih berkesan terutama menerusi pembabitan Jeffry Kitingan dan beberapa orang pemimpin tidak bernama dalam STAR.
Gerakan untuk mewujudkan Negara Borneo Utara (Sabah) sudah pun bermula. Dari tahun 2011 sehingga 2014, hasutan demi hasutan, kempen demi kempen dibuat. Sudah mula dipertikaikan tentang tarikh kemerdekaan. Sudah mula dipertikaikan tentang pembentukan 'Negara Sabah' dan 'Negara Sarawak' selain pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang diringkaskan kepada Malaya.
Sudah ada kalangan pemimpin dari kaum Bumiputera yang termakan dengan hasutan Lim Kit Siang dan DAP sehingga mereka mula mengungkit tentang kekayaan Sabah dan Sarawak yang kononnya telah dicuri oleh Kerajaan Persekutuan walaupun hakikatnya, pembangunan di Sabah dan Sarawak sudah beratus-ratus kali ganda lebih nyata berbanding sebelum menyertai Malaysia dan merdeka.
Sudah ada yang tidak lagi peduli dengan konsep Persekutuan dengan kepercayaan kepada konsep NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK yang diadunkan oleh DAP menerusi skrip akademik walaupun fakta sejarah jelas menunjukkan Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi negara melainkan sebahagian daripada Kerajaan Sulu mahupun Kerajaan Brunei.
Sulu kehilangan Sabah apabila sultannya menjual Sabah kepada Inggeris dengan harga yang sangat murah. Brunei kehilangan Sarawak (Kuching) kerana James Brooke yang berjaya memperdayakan Sultan Brunei selain kekejaman Pengeran Mahkota, wakil Sultan Brunei itu sendiri. Tetapi Rentap Sungai Sekrang yang merupakan sebahagian daripada pahlawan-pahlawan Sarawak, menentang James Brooke dan Kerajaan Brooke sehingga ke akhir hayat mereka. Brunei kehilangan lebih banyak bahagian yang sekarang ini membentuk negeri Sarawak moden kepada Inggeris sama ada menerusi perang, pajakan mahupun pencerobohan.
DAP dan PKR sentiasa cuba menyembunyikan konsep Persekutuan terutama apabila mereka mempertikaikan tarikh kemerdekaan. Mereka gagal sama sekali mengambil kira negara Amerika Syarikat yang amat mereka kagumi kerana setiap negeri daripada 50 negeri yang membentuk negara tersebut, mempunyai tarikh kemerdekaan yang berbeza antara satu sama lain, tetapi secara rasminya sambutan dibuat adalah pada 4 Julai setiap tahun sempena kejayaan George Washington mengalahkan tentera Inggeris pada tahun 1776.
Malaysia cuma ada 13 buah negeri. Ada negeri yang merdeka lebih awal, dan ada negeri yang merdeka lebih lambat, tetapi tarikh kemerdekaan secara rasmi diselaraskan kepada 31 Ogos 1957 sesuai dengan konsep Federal.
Di belakang gerakan tersebut adalah DAP. Para pemimpin DAP yang tidak tahu apa-apa tentang sejarah mahupun Batu Bersumpah Keningau, bercakap dengan versi cerita mereka sendiri.
Serangan lanun Sulu pada Mac 2013 membuka mata sesetengah pihak tentang isu dan tahap keselamatan menerusi pembabitan orang dalam. Serangan berlaku tidak lama selepas satu rombongan PKR yang diketuai oleh Tian Chua dan Sivarasa berjumpa dengan Jamalul Kiram.
PKR bagaimanapun, menafikan pembabitan mereka walaupun pada masa yang sama, mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa serangan tersebut hanyalah sandiwara Kerajaan UMNO-BN dan memperolok-olokkan kematian perwira-perwira negara yang mempertahankan kedaulatan Sabah dan Malaysia. Mereka sebaliknya cuba menimbulkan isu kad pengenalan palsu, PATI dan isu sempadan walaupun memang jelas, terdapat pengkhianatan dalam kes berkenaan.
Tidak serik kerana tiada tindakan, kempen agar Sabah berpisah dari Malaysia berterusan. Internet merupakan medan terbaik yang digunakan untuk kempen-kempen tersebut. DAP tidak lagi berada di belakang, sebaliknya sudah mula ke hadapan untuk menjayakan kempen tersebut.
Beberapa jam sebelum Ketua Polis Negara mengeluarkan amaran kepada pihak yang cuba mencetuskan hasutan agar Sabah keluar dari Malaysia, Lim Kit Siang bersama-sama Dyana Sofya dan sejumlah pemimpin DAP Sabah, baru selesai melakukan hasutan di Kota Kinabalu.
Kejahatan DAP ini dan motif mereka dapat dilihat jelas menerusi sidang media yang telah diadakan pada 1 September 2014 antara jam 9:30 pagi sehingga 10:00 pagi di ruang makan Hotel Shangri La, Bandaran, Kota Kinabalu.
Seramai 7 orang Ahli JawatanKuasa DAP Pusat, Negeri dan ahli DAP telah hadir semasa sidang media tersebut. Antara individu yang dikenali hadir dalam sidang media adalah : -
1) LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP
2) DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN.
3) JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH.
4) EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH.
5) WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH
Dyana Sofya yang merupakan perempuan Melayu muda yang dijadikan umpan oleh DAP dalam sidang media tersebut berkata, lawatan ke Sabah itu merupakan yang pertama baginya dalam Kempen Pergerakan Impian Malaysia. Katanya dia berharap benar generasi baru di Sabah akan menyertai perjuangan DAP yang mahu menjajah Sabah menerusi pembohongan hak pribumi Sabah.
Paling menarik ialah apabila Dyana Sofya yang jahil tentang Sejarah Penubuhan Malaysia, cuba menggunakan nama Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menurutnya telah menggariskan hak-hak rakyat Sabah pada Batu Bersumpah tetapi sehingga kini tiada keadilan yang diperolehi berdasarkan isu KALIMAH ALLAH dan RAMPASAN BIBLE.
Tindakan pantas PDRM menyahut cabaran Lim Guan Eng di Pulau Pinang ke atas PPS, mengejutkan DAP walaupun mereka menjangkakan tindakan yang lebih ringan akan diambil. Disusuli pula dengan penangkapan beberapa orang pemimpin DAP dan PKR di bawah Akta Hasutan, membuatkan Lim Kit Siang mula bercakap tentang kunonya Akta Hasutan kerana dibimbangi Akta Hasutan digunakan untuk mematahkan cubaan mereka mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
Walau bagaimanapun, seluruh perhatian kini sedang tertumpu kepada tindakan seterusnya daripada PDRM dan KDN berhubung kempen dan hasutan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Ramai yang sudah bosan dengan 'kelembutan' serta 'terbuka' dan 'bertolak ansurnya' Kerajaan dalam hal-hal keselamatan sehinggakan aktiviti subversif seperti yang dilakukan oleh DAP, berleluasa sehingga sampai ke peringkat yang amat memudaratkan.
Amaran keras daripada Ketua Polis Negara itu, diharapkan akan menyusul dengan tindakan, bukan sekadar amaran demi amaran kerana DAP dan Pakatan Rakyat serta konco-konco mereka sudah lali dengan amaran. Mereka hanya akan membuka mata apabila tindakan diambil.
Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan pantas dan cergas!

PAS SELANGOR HILANG TARING !!!!!!

03 September 2014



Pas kekal nama Wan Azizah dan Azmin.


Pas hanya akan mengemukakan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan Pas itu dilihat sebagai mengulangi pendirian mencalonkan dua pemimpin PKR tersebut seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pusat Pas pada 17 Ogos lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, surat pencalonan Wan Azizah dan Azmin akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu sambil menyatakan, urusan berkaitan surat pencalonan tersebut dikendalikan oleh Pejabat Presiden Pas.

Adakah PAS Selangor hilang taring? 

Didalam isu pemilihan calon Menteri Besar Selangor, PAS Selangor seolah-olah hilang taring dan gagal meletakkan pendirian mereka untuk memilih siapakah orang yang sepatutnya diletakkan menjadi pemimpin bagi Negeri Selangor. 

PAS juga menerima tamparan hebat dari bekas Menteri Besar Selangor terdahulu iaitu Tan Sri Muhammad Mad Taib dengan menyatakan bahawa " PAS jangan Syok Sendiri dan tidak berpendirian." Jika difikirkan logiknya, mengapa bekas MB tersebut berbunyi sedemikian, seolah-olah membuktikan bahawa PAS tiada kuasa didalam penetuan pemimpin pilihan mereka. 

Persoalan yang timbul dan masih belum ada jawapan dari PAS Selangor, Apakah fungsi sebenar PAS didalam Negeri Selangor?? Hassan tak nampak PAS menonjol di Selangor.
 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading

Tags