Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

PANAS , DAYUS SEORANG SUAMI !!!!! LACURKAN ISTERI KERANA TIDAK BEKERJA !!!

30 September 2014



Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.

Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.

Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.

“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam.

GEMPAR , PANAS TERBONGKAR !!!!! PERISTIWA OPERASI LALANG 1987 SIAPA DALANGNYA !!!!!

29 September 2014










(AMARAN: Artikel ini mungkin terlalu ekstrem bagi sesetengah orang. Tulisan ini hanyalah bertujuan untuk menceritakan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 1987 yang dikenali sebagai Operasi Lalang, perlu diingatkan bahawa penulis bersikap neutral dalam isu ini. Tidak ada unsur rasis ataupun propaganda jauh sekali untuk menimbulkan sikap curiga. Sebarang kesulitan amat dikesali.Sekiranya berasa kurang selesa anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan pembacaan.)

Kononnya sibuk mencari siapa dalangnya siapa perancangnya. Masing-masing mahu menjadi juara. Mahu menjadi pembela. Tanpa disedari hikmah dan ibrah disebalik suatu peristiwa gagal dihayati dan dipelajari. Gagal diinsafi dan direnungi. Hasilnya kealpaan terhadap sejarah lalu menghukum masa hadapan yang belum tentu. Ini bukan kisah politik yang penuh retorik. Ini kisah negara saya, Malaysia.

Sebahagian besar tulisan ini diambil dari Kertas Putih yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri pada 14 Mei 1988 berkenaan laporan Operasi lalang yang berlangsung dari 27 Oktober 1987 sehingga Disember tahun tersebut. Selain itu pandangan dan tulisan dari beberapa artikel juga diambil kira.

PENDAHULUAN

Walaupun peristiwa ini berlaku pada 1987, namun teras permasalahan boleh kita telusuri seawal penjajahan British di Tanah Melayu lagi. Kunci kepada kejayaan British dalam menodai dan menjarah Malaysia merupakan teras polisi pemerintahannya iaitu “Divide and Rule”, mereka mengasingkan kaum mengikut ekonomi dan petempatan (polarisasi kaum), mereka juga mengasingkan agama dalam kehidupan harian rakyat (sekularisme). Kesan penjajahan British ke atas Malaysia amat dasyat dan masih kekal sehingga ke hari ini. Antara peninggalan British ialah amalan demokrasi dan sistem parlimen ala Winchester , sistem pendidikan Vernakular, ekonomi bercorak kapitalis dan undang-undang civil law. Ramai yang tidak menyedari bahawa akibat dari tinggalan British inilah yang menyumbang kepada kegoyahan dan ketidaktenteraman yang berlaku di Malaysia kemudian harinya.

ISU-ISU

Operasi lalang sebenarnya merupakan hasil daripada letusan isu-isu panas yang meruncing bermula sejak awal tahun 1980an, dan akhirnya meleret-leret sehingga terjadinya peristiwa 27 Oktober itu. Antara isu-isu utama tersebut ialah;

Isu sensitiviti kaum

Terdapat beberapa isu yang mewujudkan ketegangan antara kaum, terutamanya antara kaum cina dan melayu. Antaranya ialah isu pembangunan Bukit Cina di Melaka. Ketua menteri Melaka ketiku itu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik ingin memajukan kawasan di Bukit Cina. Oleh itu beberapa kubur lama cina terpaksa dipindahkan. Rancangan ini telah dijadikan DAP sebagai isu perkauman. DAP telah mengadakan pelbagai kegiatan seperti penyabaran poster, aktiviti berjalan kaki dan upacara mengumpul tandatangan bagi ‘menyelamatkan’ Bukit Cina. 

Malah dalam satu ceramahnya, Lim Kit Siang menyatakan bahawa, pembangunan Bukit Cina itu sebagai satu muslihat Kerajaan untuk melenyapkan segala jasa-jasa kaum Cina terhadap negara dan juga sebagai cabaran terhadap kebudayaan dan agama orang-orang Cina Selain itu isu ikrar sekolah di Melaka juga ditimbulkan. Pengerusi DAP Melaka ketika itu mendakwa bahawa murid bukan Islam dipaksa meminta restu daripada Allah dalam bacaan ikrar mereka.

Hak istemewa dan identity orang melayu terus diserang lagi. DAP telah mengutuk Dasar Kebudayaan kebangsaan yang diperkenalkan. Perlaksanaan dasar tersebut menurut di DAP menjatuhkan kebudayaan kaum lain (Lim Kit Siang, 1983) dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam (P Patto, 1984). Pada 27 Mac 1983, 15 pertubuhan Cina termasuk Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM), Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (PPLPSCM) dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor (DPCS),telah mengeluarkan satu dokumen yang bertajuk "Joint Memorandum On National Culture" yang menyoal kedudukan kebudayaan Melayu sebagai asas kebudayaan Malaysia.

Kemudiannya pada 12 Oktober 1985, sebanyak 27 pertubuhan Cina Malaysia, telah membuat satu Pengisytiharan yang di antara lain mendakwa bahawa orang-orang bukan Melayu telah tertindas dari segi politik,ekonomi dan kebudayaan,dan menyoal beberapa perkara yang dipersetujui sebelum Merdeka seperti soal bahasa. Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa polisi satu bahasa satu kebudayaan yang diperkenalkan BN merupakan satu usaha untuk memansuhkan kebudayaan dan bahasa ibunda kaum minority lain. Kemuncaknya, Konvensyen MCA Selangor pada 2 november 1986 telah mengeluarkan resolusi yang berbunyi, "Based on historical facts, Malaysia's three major races are orginated from other countries. Therefore,none of them should brand the other as immigrants and claim themselves as natives "

PS: Sengal kan dorang ni??? Datang selai sepinggang menumpang lepas tu jadi parasit nak takeover plak. 

Kristianisasi melayu

Gerakan Kristianisasi orang melayu telah dikepalai oleh Neglected People's Workers (NPW) , dipimpin oleh Philip Cheong @ Cheong Ah Kow yang mendakwa telah Berjaya mengKristiankan 7 orang melayu. Philip mendapat bantuan seorang melayu Kristian bernama Yeshua Jamaluddin @ Jamaluddin Othman yang memperolehi Diploma in Theology dari Far Eastern Biblical College Singapura. 

NPW sering mengadakan kelas Bible di rumah Hilmy Hj Mohd Nor dan badan ini juga mempunyai beberapa strategi mendekati orang melayu seperti duduk dilantai semasa beribadat, menggunakan rehal untuk mengalas bible, menggunakan pakaian melayu seperti songkok, baju melayu dan kain pelikat. Malah rancangan jangka panjang NPW ialah membina sebuah gereja mengikut senibina masjid.

Maklumat ini kemudiannya diketahui oleh beberapa orang seperti Salleh Omar dan kamaluddin hj Tahir dan dihebahkan melalui ceramah dibeberapa buah masjid. Perkara ini menimbulkan kegelisahan umat Islam berbangsa melayu ketika itu. Isu ini kemudiannya digunakan oleh PAS. 

Khalid Abdul Samad, Setiausaha Pemuda PAS membuat kenyataan bahawa pada tahun 2000 Malaysia akan dikristiankan seluruhnya. Manakala The New Straits Time menyiarkan kenyataan Hj Yusof Rawa (Yg Dipertua Agong PAS) yang mendakwa 66,000 orang Melayu meninggalkan Islam. Dewan Pemuda PAS Pusat pula mengadakan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi yang bertanggungjawab mengadakan seminar, penyebaran risalah serta rapat umum.

Kemuncaknya ialah Perhimpunan Menentang Kristianisasi di Sitiawan pada 29 Ogos 1987. Ketika itu Mohamad Sabu mendakwa 10,000 orang Melayu telah diKristiankan. DAP telah membuat laporan polis atas alasan ceramah dan kain rentang semasa perhimpunan tersebut menghina agama pihak lain. Manakal sebilangan ahli PAS pula telah menubuhkan kumpulan “Jundullah” yang bertujuan untuk mewujudkan pemerintahan Islam di Malaysia melalui tindakan militandan menjadi benteng orang Islam sekiranya berlaku rusuhan kaum. Penubuhan kumpulan ini bagaimanapun tidak direstui PAS.

Penularan ajaran Marxist dan aktiviti komunis

Manakala terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman Marxist dikalangan rakyat kelas pertengahan. Golongan ini bertujuan untuk mewujudkan system bercorak Komunis di Malaysia. Antara kumpulan yang terbabit ialah PENTAS yang bertanggungjawab menjalankan beberapa strategi Barisan Bersatu komunis seperti srategi "conscientization" . Melalui startegi ini rakyat kononnya disedarkan bahawa segala penderitaan mereka disebabkan penindasan oleh system yang sedia ada, oleh itu rakyat perlu berjuang menukarkan system sedia ada dan digantikan dengan system yang bersifat kesamarataan. 

Melalui strategi ini kumpulan Marxist menyelinap masuk dalm isu-isu rakyat seperti isu Papan dimana sekumpulan penduduk di Papan, Lahat dan Mengelembu membantah kewujudan kilang Asia Rare Earth yang didakwa kononnya mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh mengancam kesihatan penduduk-penduduk di sekitarnya (sounds familiar?). Strategi ini bertujuan menghakis kepercayaan rakyat terhadap system yang sedia ada. Antara tokoh kumpulan ini ialah Dr.Mohd.Nasir Hashim, Chee Heng Leng dan Chow chee Keong.

Parti Komunis Malaya (PKM) juga memainkan peranan dengan usaha mereka untuk menubuhkan kumpulan militia dari golongan pelajar melayu yang radikal. PKM masih lagi berhasrat untuk menubuhkan Republik Komunis di Malaysia walaupun pengaruh mereka semakin lemah. PKM terpaksa memperalatkan isu semasa dan mempergunakan golongan pelajar melayu yang radikal. 

PKM melalui setiausaha agungnya chin Peng bersetuju untuk membiayai dana dan memberi latihan kepada Kumpulan Bersenjata Melayu yang bakal dibentuk. Golongan pelajar ini juga bertanggungjawab menghidupkan semula semangat militia dikalangan mahasiswa dengan kempen, seminar dan forum. Gelombang kebangkitan mahasiswa pada era 1974 diingati dan diraikan.

Peristiwa Di Universiti Malaya(UM)

Apabila UM mengambil keputusan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran subjek matapelajaran pilihan, keputusan ini mendapat bantahan keras dari DAP. Dan pada 17 0gos 1987, DAP telah mengadakan perhimpunan haram di pintu masuk UM. Perhimpunan DAP yang diketuai V David, Dr Eng Seng Chai dan Lim Guan Eng akhirnya bertukar menjadi pertengkaran dan caci-maki antara mereka dengan pelajar Melayu di university tersebut. Cacian seperti "Cina balik Tongsan "dan "Melayu balik Indonesia", serta "Kalau awak berani keluarlah",telah dilaung-laungkan. Selain itu DAP juga membawa sepanduk provokasi yang tertulis,

"MIC,MCA DAN GERAKAN-JANGAN MENGGADAI MARUAH"
"MIC,MCA- SELEEPING BEAUTIES"
"MCA dan MIC- LETAK JAWATAN "
"MENGAPA MIC JADI PENDIAM "
"MCA TIDAK BERBUAT APA-APA "
"MIC,MCA JUAL MARUAH "

Penuntut melayu di UM kemudiannya mengadakan perhimpunan balas pada 20 Ogos tanpa kebenaran pentadbiran Universiti. Namun sekali lagi DAP yang diketuai Dr Eng Seng Chai mengadakan bantahan dan mogok lapar di pintu masuk universiti.

Kepentingan politik

Bagi memenangi undi dari kaum Cina, DAP seringkali menggunakan beberapa isu untuk memperlihatkan DAP terkehadapan dalam membela kepentingan kaum cina. Tindakan DAP mengundang cabaran dan tekanan kepada MCA untuk memenangi undi kaum cina. Kedua-dua parti tersebut berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan membela kepentingan kaum cina di negara ini, dalam masa yang sama mempersoalkan dasar negara dan hak istimewa bumiputera.

Dalam isu kerugian Koperasi Pengambilan Deposit yang ditaja MCA, rata-rata pelabur yang mengalami kerugian ialah pelabur cina. Orang cina kemudiannya menuntut campurtangan kerajaan bagi menyelamatkan koperasi berkenaan. Lim Kit Siang telah mendakwa Kerajaan telah mengamalkan dasar diskriminasi kaum dalam menyelesaikan isu koperasi pengambilan deposit manakala Lim Guan Eng pula telah mendakwa Kerajaan tidak bertindak membantu menyelesaikan masalah koperasi oleh sebab pelaburnya terdiri daripada orang-orang Cina. 

Tekanan dari DAP menyebabkan beberapa tokoh MCA membuat tuntutan yang lebih lantang daripada DAP. MCA melalui Presidennya Dato'Ling Liong Sik ,telah mengumumkan pendiriannya,bahawa semua pemimpin-pemimpin MCA yang memegang jawatan dalam Jemaah Menteri (Kabinet) dan Pentadbiran Kerajaan akan meletakkan jawatan sekiranya pendeposit-pendeposit koperasi tidak menerima bayaran pulangan penuh.

TRAGEDI OKTOBER

Kemuncak kepada segala masalah yang dipendam ialah isu penempatan penempatan guru-guru tanpa kelayakan Mandarin di SRJK(C). pada bulan Ogos, Kementerian Pendidikan yang diketuai menterinya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah menghantar kira-kira 100 orang guru sekolah yang tidak mendapat pendidikan Mandarin ke sekolah ke SJKC. Tindakan ini mendapat bangkangan terutamanya dari pertubuhan Dong Jiao Zong dan menggesa kementerian menarik balik perlantikan tersebut. 

Akhbar-akhbar cina pula mula memainkan isu sensitive. MCA yang dicabar DAP sebelum ini telah menyiarkan kenyataan keras dalam bulletin parti mereka dengan menyatakan, "....Our party reiterates its stand: the MCA will swim or sink with the Chinese Primary Schools...". walaupun mendapat tekanan, Anwar Ibrahim tetap tidak berganjak dengan keputusan tersebut.

Pada 11 Oktober 1987, kira kira 2000 orang terdiri dari ahli parti politik yang majoriti ahlinya berbangsa Cina iaitu MCA, DAP dan GERAKAN disertai dengan 15 pertubuhan cina telah mengadakan perhimpunan di tokong Khean Hou di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Lee Kim Sai dan Lim Kit Siang. Perhimpunan ini dengan lantang menuntut pihak kerajaan menyelesaikan masalah SRJK(C) dan meluluskan beberapa resolusi yang diantaranya meminta pelajar SRJK(C) memulau kelas. Hasilnya 30,000 pelajar tidak menghadirkan diri ke kelas. Walaupun rancangan 3 hari boikot itu dibatalkan.


UMNO, terutama sayap Pemudanya begitu kecewa dengan tindak-tanduk Lee Kim Sai dan masyarakat Cina. Pemuda UMNO, sebagai raksi balas perhimpunan 11 Oktober itu, telah mengadakan perhimpunan balas pada 17 Oktober 1987 di Stadium TPCA Jalan Raja Muda yang dihadiri kira-kira 20,000 orang. Perhimpunan ini juga turut disertai beberapa pertubuhan orang melayu diantaranya GPMS serta mahasiswa melayu dari universiti tempatan. Dalam perhimpunan ini beberapa ungkapan keras telah diluahkan, antaranya;

"LUCUTKAN KERAKYATAN PENENTANG DYMM RAJA-RAJA MELAYU"
"ANWAR JANGAN TAKUT DENGAN CINA"
"13 MEI KINI BERMULA "
"BASAH IA ( KERIS) "DENGAN DARAH CINA"

Kedua-dua pihak menuntut pengunduran Lee Kim Sai dan Anwar Ibrahim dari kabinet kerajaan. Sementara itu Najib Razak yang merupakan orang penting Pemuda UMNO mengetuai perarakan orang Melayu di Kampong Baru mengakibatkan banyak kedai yang dimiliki orang cina tutup. UMNO kemudiannya bercadang untuk mengadakan sambutan ulangtahun penubuhan yang ke 41 secara besar-besaran di Kuala Lumpur dan dijangka seramai 500,000 orang akan hadir. Namun kerajaan tidak membenarkan sambutan tersebut.

RUSUHAN KAUM……???

Jika nak diikutkan keadaan, situasi dan ketegangan, rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969 boleh berulang semula pada saat itu juga. Namun wujurlah dengan rahmat tuhan ia tidak berulang di bumi Malaysia ini. 3 peristiwa berlaku menyebabkan rusuhan kaum tidak terjadi. Pertama, perhimpunan orang-orang melayu akhirnya bersurai apabila hujan berlaku lewat petang hari tersebut. Memang benarlah kata orang, hujan itu rahmat tuhan. Air dari langit dicurahkan untuk memadam dan meredakan api kemarahan orang melayu ketika itu. Mungkin ada yang kata ia hanyalah kebetulan, namun penulis tetap yakin segala peristiwa yang berlaku walau sekecil manapun ia merupakan rencana tuhan yang maha bijaksana.

Kedua, merupakan Peristiwa Prebet Adam Jaafar pada 18 Oktober 1987, yang dikatakan telah mengalami tekanan jiwa, menembak secara rambang terhadap orang ramai di kawasan Chow Kit menggunakan M16. Terdapat perbezaan mengenai berapa dan siapa yang terkorban, tapi cukuplah penulis nyatakan bahawa hari itu, setidak-tidaknya seorang melayu dan seorang cina mati tembak. Situasi itu menyebabkan keadaan di KL ketika itu lengang. Banyak juga kedai yang ditutup (bimbang ketegangan sebelum peristiwa ini boleh mencetuskan rusuhan kaum)

Sedikit mengenai Adam Jaafar, terdapat beberapa teori mengenai kenapa Prebet Adam mengamuk. Yang femes, Prebet Adam mengamuk kerana mengalami kemurungan setelah adiknya mati dipukul sultan. Adiknya itu kerja sebagai caddy golf kepada Sultan. Adiknya dikatakan tertawa apabila melihat bola golf sultan tu tak masuk lubang walaupun berjarak sejengkal. Apalagi, kena libas la dengan kayu golf. Namun, dakwaan itu tidak benar. Laporan temuramah antara akhbar The Star dengan Dato Seri Shafie Abdullah menyatakan bahawa Prebet Adam memang mengalami masalah psikologi. Malam peristiwa itu sebenarnya Prebet Adam di dalam persimpangan sama ada untuk membunuh orang atau membunuh diri sendiri.

Pegawai kesihatan yang memeriksa Prebet Adam Jaafar melakukan tugas dengan semberono sehingga gagal mengesan masalah fizikal dan psikologi Prebet Adam. Dikepalanya terdapat seperti kesan tetakan parang 9 inci , ada yang kata diketuk ayahnya dan ada yang kata dia tersalah masuk kawasan yang ketika itu ada gang fight. Salah seorang kakaknya mengalami post-natal depression. Prebet Adam juga berasal dari antara keluarga termiskin di Pulau Pinang. Rumahnya berhampiran dengan laut, dan berdindingkan kepingan plastic. Lebih malang lagi, rumahnya dijilat api. Ketika kebakaran salah satu palang rumah menghempap kepala kakaknya dan mencederakan kepalanya. 

Prebet adam terpaksa menjadi saksi kematian kakaknya yang dijilat api. Apabila besar, prebet Adam minat join askar. Dan dia memang power dalam bab menembak tepat. Namun ketika dalam perkhidmatan, dia dibuli dengan teruk oleh seniornya. Ada juga dakwaan mengatakan dia dipaksa melakukan seks oral. Kesemua series of unfortunate events ini meninggalkan kesan psikologi pada prebet Adam. Ketika pembicaraan ada yang menangis ketika mendengar sejarah trauma Prebet Adam.

Ketiga, dan merupakan Vital Point mengapa rusuhan berdarah tidak terjadi merupakan tindakan pantas PDRM yang ketika itu diterajui oleh Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar. Beliau telah mengusulkan satu operasi penangkapan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Walaupun Tun tidak bersetuju dengan operasi tersebut dan penggunaan Akta ISA terhadap tahanan, KPN meyakinkan Tun bahawa langkah itu perlu bagi menghalang tercetusnya rusuhan berdarah 13 Mei dari berulang kembali.

KESAN

Hasilnya seramai 119 orang telah ditahan menggunakan Akta ISA disepanjang Operasi Lalang dijalankan. Daripada tokoh-tokoh penting politik dari pelbagai parti, aktivis-aktivis persatuan-persatuan cina dan NGO, ustaz dan guru agama, pertubuhan Kristian sehinggalah pejuang alam sekitar dan penentang aktiviti pembalakan. (Pukul rata, semua kena). Hari pertama operasi menyaksikan 55 orang telah ditahan. Operasi penahanan berlangsung sehingga Disember.Antara mereka yang ditahan waktu itu ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar- Presiden Aliran
Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP
Lee Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak
Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam
Lim Fong Seng Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Mohamed Sabu – tokoh pemuda PAS
Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO

Manakala 4 suratkhabar telah digantung penerbitannya sebagai tindakbalas surat khabar tersebut yang berperanan sebagai medium pertelagahan pendapat antara pemimpin politik dan menyiarkan isu-isu sensitiviti kaum tanpa mengambilkira akibatnya. Akhbar tersebut ialah The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan . Kerajaan juga menggubal Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta Akta Polis. Penggunaan Akta ISA dalam operasi ini juga terus mendapat kritikan ramai

TEORI ALTERNATIF

Walaupun laporan dan pandangan rasmi menyatakan bahawa Operasi lalang diambil untuk memelihara keselamatan negara dari terjerumus semula kepada perstiwa 13 Mei, namun ada beberapa pihak yang memberi teori lain mengenai motif sebenar Operasi Lalang dilaksanakan. Mohamad Sabu (yang kini Timbalan presiden PAS) mendakwa Operasi Lalang bermotifkan politik dimana penahanan yang dibuat adalah berdasarkan satu senarai penahanan yang disediakan oleh orang politik tertentu. Beliau mempersoalkan mengapa beberapa ahli politik seperti Lee Kim Said an Dato Seri Najib Tun Razak tidak ditahan. Beliau juga mendakwa Tun Dr Mahathir sendiri mengarahkan supaya Lee Kim Sai ke Australia manakala Najib ke Jakarta.

Manakala Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dalam bukunya The Right to Differ pula mendakwa Operasi Lalang dilakukan untuk memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh Tun Dr Mahathir dalam UMNO. Sebelum Operasi Lalang, UMNO berhadapan dengan perpecahan dalaman yang ketara setelah Tun Dr Mahathir menang tipis dalam perebutan jawatan presiden UMNO dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Perpecahan ini membahayakan UMNO dan langkah mengatasinya ialah dengan mewujudkan krisis nasional yang dapat menyatukan ahli UMNO untuk menentang musuh yang sama, dalam kes ini kaum cina.

Tan Sri Sanusi Junid pula berpendapat lain. Menurut beliau, tujuan sebenar Operasi Lalang dilaksanakan adalah untuk menghalang UMNO dari melakukan rapat umum rasaksa di Stadium Merdeka. Anwar Ibrahim mahu melancarkan perhimpunan raksasa yang dijangka 500,000 akan hadir di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UNNO ke-41. Semasa Operasi Lalang, semua kegiatan perhimpunan diharamkan bagi meredakan ketegangan yang mungkin membawa kemungkinan rusuhan kaum.

PENUTUP

Skripnya sama. Walaupun latar masa, watak dan tempat sedikit berbeza. Bagi Malaysia , ia seolah-olah déjà vu yang hampir terjadi.

Seandainya semua pihak berpeluk tubuh dan mementingkan diri-sendiri dengan sifat chauvinis dan ultranasionalis, tidak mustahil Malaysia sekali lagi berada di situasi yang sama, tidak kira apa tarikhnya sama ada 13 Mei atau 27 Oktober. Peristiwa ini menjadi saksi kegagalan sebahagian penduduk negara ini mengambil iktibar peristiwa 13 Mei. Sia-sialah tindakan Allahyarham Tun Razak memperkenalkan Rukun Negara sebagai teras perpaduan rakyat negara ini. Ambillah pengajaran dari peristiwa silam dan tempat-tempat lain didunia. Konflik dan rusuhan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian.

Orang memberi kita merasa,
Orang berbudi kita berbahasa

CERITA RAKYAT !!!!! MACAM-MACAM HAL BILA DAH BERUMUR NI !!!!!

kredit kosmo online

Perkara yang buat hassan nak ketawa berbahak-bahak di pagi hari . Merajukan kepada isteri , sanggup panjat pokok kepala dan tidur diatas pokok kelapa. Ni apa kes ni ? 

Apa kata orang muda zaman sekarang ..."makin ...tua .... makin manja ...". 

Begitu lah alkisahkan seorang suami yang keletihan pulang dari sawah padi melabuhkan tulang empat keratnya di ruang tamu rumahnya untuk berehat seketika. Tetapi kerana si Isteri sedang mengemas rumah , isterinya menyuruh suaminya beralih tempat dari pembaringanya kerana ingin meneruskan kerja-kerja mengemas. 

Kerana terasa hati dengan tindakan isterinya , suami terus keluar dari rumah dan menuju ke arah pokok kepala yang tidak jauh dari rumah mereka. Tanpa melengahkan masa,si suami terus memanjat pokok kelapa tersebut dan baring dipucuk pokok tersebut.

RAHSIA TERBONGKAR !!!!! PENGUSIRAN MELAYU DARI BANDAR KE PINGGIR BANDAR !!!

28 September 2014



CARA HALUS NAK HALAU MELAYU TINGGAL DIHUTAN!!


KARTEL BANK, PEMAJU & PANEL PEGUAM

* Ini juga dapat digelar sebagai kartel tiga serangkai di antara pemaju, agen dan juga bank. Pemaju dan agen adalah pihak yang sama. Bank pula dalam kes ini adalah rakan kongsi yang kurang prihatin terhadap pembeli......

* Hal ini diburukkan lagi apabila sudah menjadi amalan biasa sekarang untuk para pemaju dan bank melantik panel guaman mereka sendiri. Maknanya pembeli tidak ada pilihan.....

* Di sinilah bermula plot kepentingan, hubungan syarikat guaman dan pemaju. Plot yang dimaksudkan adalah plot menyembunyikan kos-kos di luar harga rumah. ....

* jika harga rumah RM130,000, tunggakan sekitar RM200,000 akan wujud. Jumlah caj tersembunyi akan makin tinggi ....

* Sebenarnya perkara ini sudah lama berleluasa. Peguam sedar akan hal ini kerana terdapat ramai pembeli yang mengadu. Tetapi seperti biasa peguam akan memberitahu bahawa mereka hanya akan menguruskan soal jual beli sahaja. ................
***************************************************************************
* Setelah meluluskan pinjaman dan apabila projek perumahan yang sudah 90% siap, seperti yang dipromosikan pemaju sebagai jualan laris tadi. Bank akan memaklumkan kepada peminjam bahawa pinjaman 90% sudah dibuat kepada pemaju. Pada waktu itulah timbul keanehannya kenapa tidak lulus 100% jika benar sudah yakin dengan keupayaan peminjam dan pemaju. Rupanya ada strategi tersembunyi. Inilah kartel yang dimaksudkan. Industri ini sudah dibina berdasarkan permainan antara pemaju, agen, syarikat guaman dan juga bank. 
*****************************************************************************

.........................................................................................................

Suara Hassan. 

Artikel di atas Hassan ambil dari Laman Facebook milik sahabat hassan. Pada Hassan ianya sangat berguna dan berinfomasi bagi mengingatkan MELAYU kepentingan SOAL BERSATU MELAYU. 

Hassan tidak mahu kaitka dengan soal politik dalam hal ini. Apa yang paling penting adalah Penyatuan semula Melayu itu adalah PERLU bagi memastikan Keseimbangan Ekonomi dan pertumbuhan Ekonomi MElayu akan bertambah dan berkembang dilain masa.

Ini lah akibatnya apabila Melayu berjaya dipecahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mempengaruhi idealistik melayu untuk memisahkan kaum mejoriti di Malaysia pada hari ini. Antara asbabnya adalah Politik Melayu. Baik UMNO , Baik Pembangkang dua-dua same je. Maka tidak hairan jika ada pendapat menyatakan bahawa sekiranya Dato'Seri Najib hari ini adalah ketua parti pembangkang, perkara yang sama juga akan dilakukan. Dalam erti kata lain "2 kali 5 " sahaja lah. 

Isu harga rumah hari ini bukan isu baru. Tinggal lagi isu ini baru diperluas kerana orang Melayu yang berpendidikan tinggi merasakan seolah mereka tidak layak untuk tinggal didalam Bandar seperti Kuala Lumpur , Ipoh , Seremban , Melaka dan beberapa bandar-bandar besar lain dalam negara. 

Maka sebab itu mengapa MELAYU perlu bersatu. Tak perlu lah ambil pusing soal politik yang akhirnya memecahkan kita sesama bangsa. Sedangkan bangsa lain memerhati sahaja sambil makan kuaci dan tepuk tangan. 

Ditambah lagi apabila anak muda generasi Y atau "New Breath" hari ini semakin hanyut dan alpa dengan sejarah bangsa. Jika kita ajak berbual soal jatuh bangun Anak Melayu,habis kuat pun 5 minit aje lah yang mampu kita berbunyi sebaliknya akan terdengar lah dari mulut mereka "INI SEMUA UMNO PUNYA PASAL" . Lihat bagaimana kesannya kepada generasi baru hari ini.

Melayu .... oh .... Melayu ..... AYUH BERSATU ....  




CERITA ARTIS !!!!!! AFDLIN KE TANAH SUCI BERSAMA IBU !!!



Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, berkata, dia merancang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sejak Mei lalu dan akan ke tanah suci bersama ibunya, Fadilah Jailani, 67.

Pelakon dan pengarah filem tempatan ini sudah lama merancang untuk menunaikan fardhu tersebut bersama-sama ibunya Fadilah Jailani. Perancangan yang di buat sejak Mei yang lalu, kini artis bergelar pengarah terkenal tanahair diizinkan Allah S.W.T untuk menunaikan rukun Islam ke-5 tersebut sekaligus menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Suci nanti.

Afdlin ditemui pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Seniman Ke-14 di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu.

Dia juga berharap agar pemergiannya mengerjakan ibadah Haji dipermudahkan selain meminta orang ramai untuk mendoakannya.

"Saya harap dapat Haji yang mabrur dan berdoa segala dosa-dosa saya, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat negara ini diampunkan.

"Semoga saya dapat masuk syurga. Saya percaya, ini adalah permintaan kita semua sebagai umat Islam," ujarnya.

Sementara itu, Afdlin berkata, dia masih lagi akan meneruskan kerjayanya di bidang seni tempatan, namun mengikut kesesuaian diri.

PANAS ISU RAKYAT !!!!! DBKL LAYAN MELAYU MACAM PENDATANG !!!!!



Video Insiden yang menjadi viral kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggemar laman sosial seperti Facebook dan laman blog di jadikan bahan bukti bagi menunjukkan bahawa pihak penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak prihatin kepada peniaga bumiputera yang berniaga di kaki lima atau kawasan rekriasi di sekitar pusat bandaraya tersebut. 



"Tiada tindakan berat sebelah...para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar kita akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut."

Itu maklum balas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz yang menyifatkan pihaknya tidak pernah bertindak kasar terhadap peniaga bumiputera di ibu kota.

...............................................................................................................

Hassan Nak Cakap Sikit Boleh ? 

Berapa lama dah perkara seperti ini berlaku disekitar Kuala Lumpur ? Jawapanya semua orang tau dah lama. Di Kepong kawasan jinjang Cina berapa ramai cina berniaga di kaki lima, bukak meja sampai kacau parking kereta ? Dan lama kan ? 

Benda ni semua orang nampak,semua orang menilai dengan baik bagaimana tindakan badan penguatkuasa seperti DBKL , Majlis Perbandaran dan lain-lain menjalankan tugas mereka. Logik akal berfikir, mereka ni berniaga, sekiranya ianya mencemarkan dan mengotorkan kawasan sekeliling maka WAJIB DBKL atau Majlis Perbandaran bagi saman atau sita perniagaan mereka. 

Hassan tengok cina kalau buka gerai atau kedai tepi jalan , sampah bukan main berlambak,tak ada pulak DBKL atau Majlis Perbandaran nak saman atau sita perniagaan mereka. Contohnya di Kawasan jinjang Kepong Kuala Lumpur.

Orang kita ni jenis kalau bertindak adil dan sama mereka takkan berbunyi dan bercakap tanpa ada bukti dan penglihatan sendiri. Sekiranya DBKL mahu bersikap adil dan sama-rata sila la lakukan perkara yang sama kepada peniaga Cina dan India di kawasan mejoriti mereka. Itu baru adil dan rakyat nampak tindakan DBKL itu sama rata.  


HANGAT !!!! BONEKA DAN BARUA !!!!

27 September 2014

BONEKA DAN BARUA !!!!!!

SIAPAKAH YANG BONEKA DAN BARUA KEPADA PAKATAN RAKYAT SEKARANG ?

SIAPAKAH YANG MENJADI PELAKON KONON PAKATAN RAKYAT BERSAMA PARTI ISLAM ??

SIAPA BONEKA ANWAR DALAM PAS ???

SIAPA BONEKA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT ??

HUHUHUHUHUH .....

HANGAT !!!!! BENDAHARI PAS PULAU PINANG MENYALAK !!!!


Sekarang apa macam PAS , sudah ada yang berbunyi soal KEBEBASAN BERSUARA ni .....

Itulah rengekan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang yang dimalukan dan dipecat dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dibekukan semua peruntukkannya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Wahhhhhhhh !!!!!!

Dulu bukan main korang kata Tahaluf Siyasi membolehkan Pakatan Rakyat bersatu dan se-NADA didalam menuju ke arah sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan demokrasi sebenar. 

Sekarang Bendehari PAS Pulau Pinang pulak melebelkan Guan Eng seperti Muo Tze Tong yang mempunyai hasad dan dendam terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Umapa kata "KENA HIDUNG SENDIRI".

Permatang Pauh contohnya, ada 4 masjid mengelilingi Permatang Pauh , tapi apabila azan berkemundang seolah kata macam orang sedang berbisik , sedangkan tuntutan agama islam LAUNGKAN LAH AZAN ..... tetapi ianya tidak berlaku di Negeri Pulau Pinang. Itu sudah cukup membuktikan PAS dan ISLAM di Pulau Pinang hanya sebagai Boneka dan Barua sahaja kepada Pakatan Rakyat. 

Melayu .....oh ......MELAYU ... 


PANAS !!!! GAMBAR WANITA BERPURDAH BERCUMBU DI KELANTAN !!!!!



Bukan lah nak mendedahkan aib sesiapa kat blog "Hassan Melayu" ni. Tetapi persoalannya sampai bila kita harus membiarkan sahaja perkara ini berlaku didalam anak bangsa kita. 

Tak kata lah kepada negeri Kelantan sahaja, di negeri-negeri lain juga ada berlaku perbuatan sumbang begini. Nak pulak kalau di Johor Baharu , Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain. 

Siapakah yang perlu dipersalahkan atau mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi. 

Sungguh memalukan perbuatan mereka ini. Adegan yang menjijikkan ini dikatakan dirakam secara curi di tepi sungai Kelantan. Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum. Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam, apatah lagi jika berpurdah itu melambangkan sesorang yg tinggi ilmu agamanya, perlukah buat adegan cium di tempat awam mcm ni?


Dalam situasi sebegini siapa nak dipersalahkan? Adakah salah didikan agama atau salah ibu mengandung? jadi kesimpulannya sesuatu yang tak elok itu bergantung pada diri sendiri.Bertudung atau berfurdah tidak semestinya tidak melakukan benda yang dilarang Agama namun amatlah memalukan dan menjatuhkan imej Agama seandainya gambar sebegini di ambil kira. tepuk dada tanya iman.

PANAS !!!! PAS KURANG KERUSI DALAM NEGERI SELANGOR !!!

Apakah kemelut disebalik pengurangan kerusi PAS didalam Organisasi exco kerajaan Negeri Selangor yang kini dibawah tangan Azmin Ali.

Katanya, PAS sudah bersetuju dengan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru. Namun masih ada pula suara yang datang dari PAS sendiri menyatakan bahawa ianya tidak di persetujui oleh mereka. 


Ini pulak lain katanya. Bila waktu kau berkempen kau perguna semua muslimah PAS untuk menyokong suara kau zuraidah, kan ke cilaka bunyinya tu.

KERUSI SAGUHATI katanya kepada PAS kerana tidak menyokong calon Menteri Besar iaitu Wan Azizah Wan Ismail yang di cadangkan oleh Anwar Ibrahim.

Sekarang PAS kena fikir betul-betul adakah perlu lagi PAS bersama Pakatan Rakyat lagi. Diperlukan ketika perlu sahaja, tetapi apabila tidak diperlukan lagi senang-senang Zuraidah ni buang dan ketepikan PAS. 

Ini baru satu negeri, belum lagi kita pergi ke negeri-negeri yang di perintah pembangkang hari ini. Pulau Pinang , PAS jadi apa agaknya ? Kedah , PAS jadi ape ? 

Rakyat perlu berfikir semula jika untuk terus menyokong PAS di dalam Pakatan Rakyat.

PANAS !!! GELARAN USTAZ DIPERTIKAIKAN !!!!

14 September 2014


Cikgu Mat Razi belum menjadi wakil rakyat lagi dah menerima pelbagai tomohan dan penghinaan termasuklah gelaran Ustaz yang diberikan kepada dirinya kerana sifatnya yang baik orangnya. 

Difikir-fikir takkan lah gelaran ustaz tu senang-senang orang nak kasi jika tidak kerana sifat dan perangainya serta baik budi pekertinya. 

Tetapi ianya tidak berlaku didalam golongan parti lawanya iaitu PAS. Wan Rosdi sendiri pun tidak lah seberapa jika dibaca melalui biodatanya, tak ada satu pun yang dikaitkan bahawa dirinya adalah warga pendidik atau penceramah agama atau penceramah bebas atau guru agama . Tetapi di Pengkalan Kubor , bergelar Ustaz Wan Rosdi tak ada siapa pula nak lemparkan kata-kata kesat buat dirinya. 

Ini lah dia sikap dan sifat orang kita di Malaysia ini , terutama sekali penyakit ini semakin menular di kalangan orang-orang Melayu. Amatlah sedih bukan .

Seharusnya gelaran yang baik itu diberikan kepada mereka contohnya seperti Calon Barisan Nasional seperti Cikgu Mat Razi ni. BERSESUAIAN lah dengan kredabeliti dirinya yang datangnya dari seorang warga pendidik. Tetapi mengapa perlu ada pertikaian , jika tidak kerana ingin menjatuhkan dirinya. Itu lah jawapan yang BETUL dan TEPAT.

Bagi penulis , Hassan sokong dan bersetuju dengan gelaran yang diberikan serta jolokan nama yang diberikan kepada Cikgu Mat Razi. Apa-apa pun, Cikgu Mat Razi perlu kuat dan meneruskan perjuangan yang selama hari ini telah di usahakan da diperjuangkan. 

Kalau pun bukan kerana nama Barisan Nasional atau UMNO tetapi kerana Anak BAngsa kita , anak bangsa pewaris negara.  


PANAS !!! ISU ROYALTI MINYAK MENJADI PERMAINAN POLITIK PAS !!!!!


Politik PAS setiap hari dengan menanam sifat kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional dengan menyatakan kepada rakyat Pengkalan Kubor bahawa Kerajaan Dato'Seri Najib adalah kerajaan penyamun hak rakyat. 

Hadi Awang pada malam tadi didalam ceramahnya di peti undi Kedai Geting,Pengkalan Kubor , menyatakan bahawa rakyat Kelantan harus bangkit bersama-sama kerajaan PAS untuk menuntut hak rakyat Kelatan yang dirampas oleh kerajaan pusat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan didalam kenyataan media yang dibuat selepas penamaan calon semalam menyifatkan bahawa kenyataan yang di keluarkan oleh Hadi Awang itu adalah bersifat fitnah dan tidak benar. 

Demikian juga apabila isu pembangunan Pengkalan Kubor yang tidak membangun kerana kerajaan pusat telah menyekat peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan bagi bertujuan tersebut. 

Datuk Shafie Apdal , sejarah membuktikan bahawa BN telah berjaya membangunkan negara ini setanding dengan negara-negara lain.

Beliau berkata, Pas sewajarnya menyalahkan diri sendiri sekiranya mereka membangkitkan isu Pengkalan Kubor tidak membangun seperti kawasan lain.

"Bukan kita (yang patut dipersalahkan), tetapi kerajaan negeri. Tapi saya yakin pertimbangan pengundi bukan sekadar daripada segi pembangunan, mereka (pengundi) mahukan seorang tokoh yang boleh membantu masyarakat.

''Calon kita sudah mempunyai pusat pendidikan, (calon BN) sebelum menjadi wakil rakyat sudah berkhidmat walaupun dalam keadaan terbatas.

''Bayangkan sekiranya dia mempunyai kedudukan yang lebih baik,'' katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini hari ini.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin kerusi tersebut dapat dikekalkan berdasarkan reputasi cemerlang calon BN serta kekuatan jentera parti itu yang bersatu padu.

''Jentera kali ini saya nampak antara yang paling bersatu, tidak ada rasa cemburu apabila Mat Razi Mat Ail dipilih sebagai calon.

''Semua sepakat dan bergerak dalam satu pasukan, namun kita tidak boleh terlalu selesa dan perlu bekerja keras mendampingi pengundi meraih sokongan,'' katanya.

Sementara itu, di KUALA PILAH, Mohd. Shafie menjelaskan Mat Razi dilihat sebagai penyelesai masalah biarpun beliau berlatarbelakangkan agama.

Sambil merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertikaikan BN khususnya UMNO mengambil calon berlatarkan agama, beliau berkata, hakikat itu mematikan dakwaan kononnya calon berkenaan tidak mempunyai keupayaan untuk bersuara dan tidak mempunyai pengaruh yang kemudiannya dia akan diketepikan.

''Kita sedihlah apabila kita BN letakkan calon berlatarkan agama ia dikatakan tidak bersuara, bila kita tidak letakkan calon seperti itu dia katakan kita kafir.

''Tetapi apa yang kita lihat, calon kita ini mempunyai pengetahuan yang tinggi. Malah kita lihat sebelum dia menjadi calon pun Mat Razi banyak melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk setempat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah.






AGENDA MEMISAHKAN SABAH DAN SARAWAK DARI GAGASAN MALAYSIA

04 September 2014



Isu pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia telah dicetuskan oleh Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk merampas Putrajaya dari UMNO-BN. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang-Guan Eng melihat hanya dengan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia sahaja, barulah mereka dapat menguasai Putrajaya, sebelum kemudiannya dicantumkan dengan Singapura yang memberi majoriti 4/5 yang tidak membolehkan lagi Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu wujud secara diiktiraf oleh Perlembagaan.
Kerana itulah, pada tahun 2011, ketika Pilihanraya Negeri Sarawak, isu ini mula dimainkan dan ditiupkan. Selepas 'kejayaan' DAP menguasai 12 kerusi DUN di Sarawak pada PRN itu berbanding 6 pada tahun 2006, isu tersebut semakin panas. PKR yang bercita-cita besar dengan bertanding di 49 kerusi DUN, mula mereka-reka cerita kononnya mereka akan menang dan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional.
Untuk tujuan tersebut, PKR menerusi Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mula bercakap tentang perlunya Sarawak keluar dari Malaysia. Tetapi percakapan tersebut dibuat secara berkias dan tidak terlalu berterus-terang.
Bagaimanapun, keputusan PRN ialah BN masih lagi mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti di DUN Sarawak. PKR yang bercakap besar, kecundang teruk kerana daripada 49 kerusi yang ditandingi, hanya 3 kerusi DUN sahaja yang berjaya dimenangi.
Walau bagaimanapun, dengan menggunakan proksi dari STAR dan beberapa orang pemimpin buangan yang kecewa kerana tidak dapat projek, isu Sarawak keluar dari Malaysia mulai kedengaran. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mula bergerak ke Sabah untuk mengekalkan momentum dan gelombang penentangan terhadap Pusat. Kempen dan ceramah dibuat secara lebih berkesan terutama menerusi pembabitan Jeffry Kitingan dan beberapa orang pemimpin tidak bernama dalam STAR.
Gerakan untuk mewujudkan Negara Borneo Utara (Sabah) sudah pun bermula. Dari tahun 2011 sehingga 2014, hasutan demi hasutan, kempen demi kempen dibuat. Sudah mula dipertikaikan tentang tarikh kemerdekaan. Sudah mula dipertikaikan tentang pembentukan 'Negara Sabah' dan 'Negara Sarawak' selain pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang diringkaskan kepada Malaya.
Sudah ada kalangan pemimpin dari kaum Bumiputera yang termakan dengan hasutan Lim Kit Siang dan DAP sehingga mereka mula mengungkit tentang kekayaan Sabah dan Sarawak yang kononnya telah dicuri oleh Kerajaan Persekutuan walaupun hakikatnya, pembangunan di Sabah dan Sarawak sudah beratus-ratus kali ganda lebih nyata berbanding sebelum menyertai Malaysia dan merdeka.
Sudah ada yang tidak lagi peduli dengan konsep Persekutuan dengan kepercayaan kepada konsep NEGARA SABAH dan NEGARA SARAWAK yang diadunkan oleh DAP menerusi skrip akademik walaupun fakta sejarah jelas menunjukkan Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi negara melainkan sebahagian daripada Kerajaan Sulu mahupun Kerajaan Brunei.
Sulu kehilangan Sabah apabila sultannya menjual Sabah kepada Inggeris dengan harga yang sangat murah. Brunei kehilangan Sarawak (Kuching) kerana James Brooke yang berjaya memperdayakan Sultan Brunei selain kekejaman Pengeran Mahkota, wakil Sultan Brunei itu sendiri. Tetapi Rentap Sungai Sekrang yang merupakan sebahagian daripada pahlawan-pahlawan Sarawak, menentang James Brooke dan Kerajaan Brooke sehingga ke akhir hayat mereka. Brunei kehilangan lebih banyak bahagian yang sekarang ini membentuk negeri Sarawak moden kepada Inggeris sama ada menerusi perang, pajakan mahupun pencerobohan.
DAP dan PKR sentiasa cuba menyembunyikan konsep Persekutuan terutama apabila mereka mempertikaikan tarikh kemerdekaan. Mereka gagal sama sekali mengambil kira negara Amerika Syarikat yang amat mereka kagumi kerana setiap negeri daripada 50 negeri yang membentuk negara tersebut, mempunyai tarikh kemerdekaan yang berbeza antara satu sama lain, tetapi secara rasminya sambutan dibuat adalah pada 4 Julai setiap tahun sempena kejayaan George Washington mengalahkan tentera Inggeris pada tahun 1776.
Malaysia cuma ada 13 buah negeri. Ada negeri yang merdeka lebih awal, dan ada negeri yang merdeka lebih lambat, tetapi tarikh kemerdekaan secara rasmi diselaraskan kepada 31 Ogos 1957 sesuai dengan konsep Federal.
Di belakang gerakan tersebut adalah DAP. Para pemimpin DAP yang tidak tahu apa-apa tentang sejarah mahupun Batu Bersumpah Keningau, bercakap dengan versi cerita mereka sendiri.
Serangan lanun Sulu pada Mac 2013 membuka mata sesetengah pihak tentang isu dan tahap keselamatan menerusi pembabitan orang dalam. Serangan berlaku tidak lama selepas satu rombongan PKR yang diketuai oleh Tian Chua dan Sivarasa berjumpa dengan Jamalul Kiram.
PKR bagaimanapun, menafikan pembabitan mereka walaupun pada masa yang sama, mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa serangan tersebut hanyalah sandiwara Kerajaan UMNO-BN dan memperolok-olokkan kematian perwira-perwira negara yang mempertahankan kedaulatan Sabah dan Malaysia. Mereka sebaliknya cuba menimbulkan isu kad pengenalan palsu, PATI dan isu sempadan walaupun memang jelas, terdapat pengkhianatan dalam kes berkenaan.
Tidak serik kerana tiada tindakan, kempen agar Sabah berpisah dari Malaysia berterusan. Internet merupakan medan terbaik yang digunakan untuk kempen-kempen tersebut. DAP tidak lagi berada di belakang, sebaliknya sudah mula ke hadapan untuk menjayakan kempen tersebut.
Beberapa jam sebelum Ketua Polis Negara mengeluarkan amaran kepada pihak yang cuba mencetuskan hasutan agar Sabah keluar dari Malaysia, Lim Kit Siang bersama-sama Dyana Sofya dan sejumlah pemimpin DAP Sabah, baru selesai melakukan hasutan di Kota Kinabalu.
Kejahatan DAP ini dan motif mereka dapat dilihat jelas menerusi sidang media yang telah diadakan pada 1 September 2014 antara jam 9:30 pagi sehingga 10:00 pagi di ruang makan Hotel Shangri La, Bandaran, Kota Kinabalu.
Seramai 7 orang Ahli JawatanKuasa DAP Pusat, Negeri dan ahli DAP telah hadir semasa sidang media tersebut. Antara individu yang dikenali hadir dalam sidang media adalah : -
1) LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP
2) DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN.
3) JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH.
4) EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH.
5) WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH
Dyana Sofya yang merupakan perempuan Melayu muda yang dijadikan umpan oleh DAP dalam sidang media tersebut berkata, lawatan ke Sabah itu merupakan yang pertama baginya dalam Kempen Pergerakan Impian Malaysia. Katanya dia berharap benar generasi baru di Sabah akan menyertai perjuangan DAP yang mahu menjajah Sabah menerusi pembohongan hak pribumi Sabah.
Paling menarik ialah apabila Dyana Sofya yang jahil tentang Sejarah Penubuhan Malaysia, cuba menggunakan nama Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menurutnya telah menggariskan hak-hak rakyat Sabah pada Batu Bersumpah tetapi sehingga kini tiada keadilan yang diperolehi berdasarkan isu KALIMAH ALLAH dan RAMPASAN BIBLE.
Tindakan pantas PDRM menyahut cabaran Lim Guan Eng di Pulau Pinang ke atas PPS, mengejutkan DAP walaupun mereka menjangkakan tindakan yang lebih ringan akan diambil. Disusuli pula dengan penangkapan beberapa orang pemimpin DAP dan PKR di bawah Akta Hasutan, membuatkan Lim Kit Siang mula bercakap tentang kunonya Akta Hasutan kerana dibimbangi Akta Hasutan digunakan untuk mematahkan cubaan mereka mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.
Walau bagaimanapun, seluruh perhatian kini sedang tertumpu kepada tindakan seterusnya daripada PDRM dan KDN berhubung kempen dan hasutan mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Ramai yang sudah bosan dengan 'kelembutan' serta 'terbuka' dan 'bertolak ansurnya' Kerajaan dalam hal-hal keselamatan sehinggakan aktiviti subversif seperti yang dilakukan oleh DAP, berleluasa sehingga sampai ke peringkat yang amat memudaratkan.
Amaran keras daripada Ketua Polis Negara itu, diharapkan akan menyusul dengan tindakan, bukan sekadar amaran demi amaran kerana DAP dan Pakatan Rakyat serta konco-konco mereka sudah lali dengan amaran. Mereka hanya akan membuka mata apabila tindakan diambil.
Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan pantas dan cergas!

PAS SELANGOR HILANG TARING !!!!!!

03 September 2014



Pas kekal nama Wan Azizah dan Azmin.


Pas hanya akan mengemukakan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan Pas itu dilihat sebagai mengulangi pendirian mencalonkan dua pemimpin PKR tersebut seperti yang dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pusat Pas pada 17 Ogos lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, surat pencalonan Wan Azizah dan Azmin akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu sambil menyatakan, urusan berkaitan surat pencalonan tersebut dikendalikan oleh Pejabat Presiden Pas.

Adakah PAS Selangor hilang taring? 

Didalam isu pemilihan calon Menteri Besar Selangor, PAS Selangor seolah-olah hilang taring dan gagal meletakkan pendirian mereka untuk memilih siapakah orang yang sepatutnya diletakkan menjadi pemimpin bagi Negeri Selangor. 

PAS juga menerima tamparan hebat dari bekas Menteri Besar Selangor terdahulu iaitu Tan Sri Muhammad Mad Taib dengan menyatakan bahawa " PAS jangan Syok Sendiri dan tidak berpendirian." Jika difikirkan logiknya, mengapa bekas MB tersebut berbunyi sedemikian, seolah-olah membuktikan bahawa PAS tiada kuasa didalam penetuan pemimpin pilihan mereka. 

Persoalan yang timbul dan masih belum ada jawapan dari PAS Selangor, Apakah fungsi sebenar PAS didalam Negeri Selangor?? Hassan tak nampak PAS menonjol di Selangor.

Mengapa Wan Azizah ?? Adakah Wan Azizah anak jati Selangor ??


Krisis politik yang melanda Negeri Selangor, hari ini secara jelasnya menunjukan bahawa PKR sudah tiada tempat untuk dipertandingkan dan hanya mengambil kesempatan yang ada agar, dirinya dilihat sebagai yang sangat berpengaruh dan di sokong oleh rakyat Selangor. 

Sungguh pun hari ini adalah hari terakhir yang diberikan kepada Sultan Selangor untuk memilih siapakah bakal MB Selangor setelah jawatan tersebut dilepaskan oleh Khalid Ibrahim sejak 2 minggu lalu.Namun masih belum ada jawapan dari Istana sehingga ke saat ini. Apatah lagi desas desus khabar angin yang seolah-olah Wan Azizah akan terpilih didalam senarai calon yang dihantarkan kepada Sultan Selangor.

Anwar Ibrahim, kelihatan seperti cacing kepanasan ketika ini. Adakah nama Wan Azizah akan ditolak oleh Sultan Selangor? dan sekiranya ditolak oleh Sultan Selangor,adakah Anwar Ibrahim akan akur dengan pilihan yang dibuat oleh Sultan Selangor tersebut dengan redha atau akan menimbulkan masalah lain dengan kenyataan beliau yang seperti sedia maklum bahawa Institusi Raja Selangor salah guna kuasa didalam pemilihan MB atau akan ada kenyataan yang menyatakaan bahawa Sultan Selangor telah dihasut oleh pihak lain. Kita tunggu dan lihat sahaja lah nanti.

Secara terangnya Hassan tidak menyokong sekiranya Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor,apatah lagi dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor sekiranya namanya terpilih nanti. Belum pernah ada sejarah dalam negara wanita sebagai penasihat Sultan,belum pernah terjadi lagi wanita menjadi ketua sesebuah Negeri. Apa yang cuba Anwar Ibrahim buktikan disini. 

Sebagai anak kelahiran Selangor,kami akan merasakan terhina sekiranya Sultan memilih orang luar menjadi penasihat baginda Sultan Selangor. Ini tidak seharunya berlaku didalam Negeri Selangor. Seolah-olah didalam Negeri Selangor tidak ada yang selayaknya dapat menggantikan tempat Khalid Ibrahim. Raja-raja Melayu perlu bertegas didalam hal memilih siapakah penasihatnya. Bukan menurut sahaja apa kehendak orang seperti Anwar Ibrahim. 

Dengan niat tidak baik,Anwar Ibrahim sengaja mengusik Institusi Sultan Selangor. Apabila beliau berjaya menyentuh perkara-perkara yang sensitif maka perkara yang sama juga akan berlaku kepada Institusi Raja-raja yang lain. Percayalah wahai anak bangsaku,pola pemikiran Anwar Ibrahim, Dimana ada Melayu Berpecah, Disitulah terTEMPELNYA muka Anwar Ibrahim.




 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading