Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

EDISI BANJIR : POLITIK PEMBANGKANG BERSIFAT "MENGANJING"

30 December 2014

KEADAAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
Dengan sengaja memainkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia sedang bermain Golf di Hawaii dalam tempoh beliau sedang bercuti , adalah sebuah isu dan point yang boleh dianggap sampah dan tiada isu untuk diperhangatkan oleh parti pembangkang didalam pasca banjir di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung tanahair.

Dalam pada masa yang sama juga Timbalannya YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai pengerusi bencana melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih berada didalam negara dan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi bencana sekaligus mewakili kerajaan persekutuan. 

Pembangkang memainkan isu kononya bantuan yang disalurkan oleh NGO atau badan bukan kerajaan kepada mangsa banjir sengaja disekat oleh anggota yang ditugaskan di setiap zon-zon merah serta di pusat-pusat pemindahan mangsa yang telah ditetapkan. Sedangkan penyaluran bantuan tersebut seharusnya perlu melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diberi mandat bagi mengkoordinasikan apa sahaja keputusan yang difikirkan perlu. 

Namun kerana terkenal dengan sikap BODOH SOMBONG , implikasinya adalah lambakan bantuan yang hanya akan menyebabkan pembaziran yang nyata. 

Sebaliknya sekiranya bekalan bantuan yang cuba disampaikan kepada mangsa banjir melalui saluran yang betul. Rasionalnya adalah MKN lebih akan menempatkan bekalan yang benar-benar diperlukan oleh setiap mangsa banjir yang terlibat.

Apakah tidak terfikir oleh parti pembangkang bahawa Menteri Besar kelantan sendiri yang dari parti PAS juga turut bersetuju dengan plan tindakan yang telah diberikan bagi memastikan nyawa rakyat di Negeri kelantan khususnya yang menjadi mangsa kepada bencana alam ini berada didalam keadaan yang senantiasa diutamakan oleh semua pihak.

Sebaliknya pula yang datang dari luar Negeri Kelantan kelihatan seperti "LEBIH SUDU DARI KUAH " walhal, tidak pernah mengelola banjir pun seteruk Negeri Kelantan. Tapi dek kerana masing-masing mempunyai agenda politik , maka pelbagai isu pula ditimbulkan tanpa memikirkan bahawa penyelaras bencana masih lagi YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin malah, YAB.Dato'Seri Najib juga bergegas pulang dari luar negara bagi melihat sendiri apakah yang diperlukan bagi membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan demi rakyat Malaysia.

HENTIKAN LAH POLITIK BANGSAT PEMBANGKANG . JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT KELANTAN LAGI DENGAN AGENDA POLITIK KOTOR PEMBANGKANG 

No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading