Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, berkata, dia merancang untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sejak Mei lalu dan akan ke tanah suci bersama ibunya, Fadilah Jailani, 67.
Pelakon dan pengarah filem tempatan ini sudah lama merancang untuk menunaikan fardhu tersebut bersama-sama ibunya Fadilah Jailani. Perancangan yang di buat sejak Mei yang lalu, kini artis bergelar pengarah terkenal tanahair diizinkan Allah S.W.T untuk menunaikan rukun Islam ke-5 tersebut sekaligus menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Suci nanti.
Afdlin ditemui pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Seniman Ke-14 di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Sabtu.
Dia juga berharap agar pemergiannya mengerjakan ibadah Haji dipermudahkan selain meminta orang ramai untuk mendoakannya.
"Saya harap dapat Haji yang mabrur dan berdoa segala dosa-dosa saya, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat negara ini diampunkan.
"Semoga saya dapat masuk syurga. Saya percaya, ini adalah permintaan kita semua sebagai umat Islam," ujarnya.
Sementara itu, Afdlin berkata, dia masih lagi akan meneruskan kerjayanya di bidang seni tempatan, namun mengikut kesesuaian diri.
No comments:
Post a Comment