Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

TERKINI : BOT TEMPUR TLDM DIYAKINI SELAMAT KERANA MEMPUNYAI DAYA APUNG YANG TINGGI

06 October 2014


Pada awal pagi tadi negara digemparkan dengan kehilangan Bot Tempur milik Tentera Laut Di-Raja Malaysia CB 204 di perairan Sabah ketika beroperasi didalam cuaca yang buruk di Perairan Mangalum Sabah. 

Seramai 7 orang Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia berada di dalam bot tempur yang cipta dengan daya apungan yang tinggi di yakini masih hidup dan mampu untuk terus berlajar kerana ciptaanya yang mempunyai daya apungan yang tinggi. 

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.

Beliau berkata, jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

"Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

"Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading