Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

TERBARU !!!!! RAS ADIBA RADZI BERADA DI ICU !!!!

01 October 2014

Melalui kemaskini terkini melalui Facebook hari ini, adik kepada pengacara TV popular Ras Adiba Radzi memaklumkan kakaknya itu kini terlantar di hospital akibat masalah kesihatan.
Ras Afiona Radzi menulis yang kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam dan mengalami sawan (seizure) sejak semalam.
“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi. Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.
Sinar Harian melaporkan sebelum ini, pada 1996, beliau pernah mengalami satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia. Akibat kemalangan itu, Ras Adiba terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.
Kemudian, Ras Adiba sekali lagi terlibat dalam satu lagi kemalangan pada tahun 2002 apabila diserang individu tidak dikenali di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan beliau lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia.
Sama sama kita doakan kesihatan Ras Adiba Radzi kembali pulih

Sumber :rotikaya.com

No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading