Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

HARUS BACA !!!! PAS BUKAN RAKAN SEKUTU PR LAGI !!!!!

06 October 2014


Mengapa PAS masih berada didalam sekutu Pakatan Rakyat ? 

Tidak seorang pun yang tahu apakah yang termetrai disebalik perjanjian bersatu diantara 3 parti politik pembangkang negara iaitu PAS , PKR dan DAP. Namun apa yang diwar-war kan kepada seluruh rakyat di tanahair adalah penyatuan yang membawa suara demokrasi yang sebenar kepada rakyat Malaysia. 

Namun mutakhir ini, kita sering melihat dan mengetahui pelbagai kisah buruk mereka sesama mereka yang pada hakikatnya adalah tidak sehaluan dan tidak seperjuangan lagi. Perkara ini semakin jelas terbukti apabila PAS mula melakukan U-Turn disaat akhir ketika Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar Selangor dan Sultan meminta agar Khalid membuktikan ada suara mejoriti yang menyokongnya.

Sejak PAS bersetuju untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) didalam gerakan sewaktu PRU-13 lalu, PAS seolah yakin bahawa mereka akan mampu dan mengajar pemimpin pembangkang yang lain apakah HUDUD yang sebenarnya dan perlaksaanya mengikut kaedah yang telah ditetapkan islam . Namun Usaha tersebut menemui kegagalan apabila rakan sekutunya tidak mempersetujui HUDUD dilaksanakan di Malaysia. 

Hudud dan Negara Berkebajikan itu adalah asas sebenar perjuangan PAS dari dulu lagi. Tinggal lagi wadah negara berkebajikan itu adalah usaha PAS yang kedua selepas perlaksaan Hudud di Malaysia berjaya dijalankan. Namun setelah bersatu dengan 2 lagi parti politik pembangkang DAP dan PKR , usaha PAS dilihat seperti sudah tidak relevan lagi sungguhpun sebuah majlis telah ditubuhkan bagi memperbincangkan isu perlaksaan Hudud di Malaysia.

Seperti sidang pembaca sedia maklum, didalam PAS sendiri terdapat beberapa golongan. Antaranya adalah , Golongan Pemimpin , Golongan Ulamak , Golongan Anwarinas (ProAnwar) dan Golongan Pemuda PAS ( yang berdiri dibelakang barisan Ulamak). Ini menunjukan bahawa PAS bukan lah sebuah parti yang stabil dari segi pentadbiran. 

Namun apabila Datuk Ustaz Haron Din diletakkan bersama-sama PAS dan golongan ulamak , Presiden PAS Hj,.Hadi Awang kelihatan lebih tegas dan berpendirian didalam membuat keputusan di peringkat Pemimpin Parti Pembangkang. Perkara ini jelas apabila Ustaz Haron Din telah mengeluarkan suaranya agar Hj.Hadi Awang melihat semula Tahaluf Siyasi diantara PAS , PKR dan DAP. Ini sekaligus membuktikan bahawa Ustaz Haron Din telah merasakan tidak selesa dengan 2 lagi pemimpin parti pembangkang DAP dan PKR.

Jika dilihat pula dari sudut sokongan Pemuda PAS terhadap pemimpin seperti Mat Sabu , jelas menunjukan bahawa Dewan Pemuda PAS tidak menerima dan memboikot Mat Sabu yang secara terangnya bahawa diri Mat Sabu sendiri adalah Pro-Anwar Ibrahim dan tidak berada didalam perjuangan sebenar PAS , walaupun pada hakikatnya Anuwar Ibrahim sendiri yang pernah berjanji akan bersama-sama PAS didalam perjuangan demi menumbangkangkan "Rejim Thoghrot" yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tindakan meninggalkan Dewan Pesidangan ketika Mat Sabu berucap didalam dewan Pemuda, secara jelas menunjukan bahawa penyokong mejoriti PAS itu, tidak menyukai Anwar Ibrahim, mungkin akan berlaku perkara yang sama sekiranya Anwar Ibrahim sendiri yang berucap pada ketika itu. Mat Sabu yang melihat peristiwa tersebut hanya terkedu melihat lebih dari 50% ahli Dewan Pemuda PAS bangun dan meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu berdiri yang memberi salam kepada khalayak.

Sudah sampai PAS untuk membuat sebuah keputusan yang akan memeranjatkan semua orang terutama 2 rakan politiknya iaitu DAP dan PAS. Jika PAS tidak berbalik semula kepada UMNO sekalipun tidak mengapa.Biarlah PAS menjadi "SINGLE PARTY" sahaja. 








No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading