Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

RASA NAK MARAH !!!!! Lambakan Pendatang Asing , Subsidi , Mereka Turut Rasa Seronok !!!!

13 October 2014

RM40.5 bilion. Itu jumlah pelbagai subsidi yang ditanggung kerajaan bagi tahun ini, seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2015, Jumaat lalu.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 10 tahun lalu apabila kerajaan hanya memperuntukkan RM588 juta untuk subsidi pada 1994.

Najib berkata, subsidi sebanyak RM23.5 bilion diberikan pada 2013 semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah akibat peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Tetapi adakah pertambahan jumlah kenderaan satu-satunya sebab utama mengapa subsidi petrol meningkat?

Bagaimana pula dengan kebanjiran warga asing yang berada di negara ini dan rakyat negara jiran yang datang semata-mata untuk membeli barang bersubsidi yang sepatutnya hanya layak dinikmati rakyat Malaysia?
...........................................................................................................

Ada betul jugak dengan laporan yang ditulis oleh akhbar tempatan ni. 

Subsidi yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia sahaja, ekoran daripada lambakan pendatang asing bangladesh , Indonesia , nepal , Myanmar , Filliphinos , dan lain-lain mereka juga merasakan subsidi yang diberikan kepada rakyat yang mengeluarkan duit sendiri untuk membayar cukai itu dan ini. Sedangkang bangsa pendatang asing tidak pula disuruh membayar tax atau cukai seperti mana rakyat Malaysia bayar diantaranya adalah cukai pintu. 

Rasa macam nak marah pun ye jugak. 

Seharusnya kerajaan harus mengenakan cukai tertentu kepada seluruh pendatang tenaga kerja yang mungkin mencecah jutaan orang jika dicampurkan semua sekali. Lihat sahaja apabila cuti umum musim peraayaan tiba , bandar Kuala Lumpur dilimpahi oleh golongan mereka sahaja. tetapi cukai apakah yang mereka perlu bayar di Malaysia? 

Sebaliknya mereka pula dapat tempias daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia . 

No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading