Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

Mat Razi Angkat Sumpah Sebagai Adun hari ini !!!!

13 October 2014


Mat Razi Mat Ail, 48, daripada BN yang menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

Dalam PRK itu, Mat Razi, menang dengan majoriti 2,635 undi selepas mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, yang menerima 38 undi sahaja. 

Mat Razi pada PRK itu berjaya menambah majoriti sebanyak 899 undi berbanding penyandang Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lalu.

Majlis angkat sumpah tersebut berlangsung sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri kelantan bermula di hadapan Speaker Datuk Abdullah Ya'kub.


No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading