Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

GEMPAR !!!! BOT TEMPUR TLDM HILANG DARI RADAR !!!!

06 October 2014


Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan Bot Tempur milik Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) hilang dari radar  semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah. 

Ketika kejadian berlaku bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.eliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.

Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.

Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya.


No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading