Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

2015 DISAHUT AMUKAN ALAM

31 December 2014

2014 bakal melabuhkan tirai penghujungnya. Pelbagai coretan suka dan duka di dalam taqwim 2014 dilakarkan oleh manusia-manusia hebat didalam negara mahupun diluar negara. Namun 2014 mencoretkan 3 perkara sedih yang masih belum berjawap peritiwanya. 

Kehilangan pesawat MH 370 , pesawat MH 017 ditembak jatuh , serta banjir besar yang melanda tanahair terutama negeri-negeri disebelah pantai timur semenanjung Malaysia. Adakah ini menunjukan bahawa rakyat Malaysia akan terus menerus dirundung kesedihan apabila mentari 2015 menyinsig nanti. 

Yang pastinya adalah 2015 yang bakal menyingkap tabir mula pada Januari dengan mendengar AMUKAN ALAM kerana kerakusan segelintir manusia yang mengejar limpahan wang ringgit hasil dari penebangan balak yang tidak dikawal. Mempercayai Qada'dan Qadar tuhan sudah menjadi darah daging kita sebagai umat Islam yang berketurnan melayu ini. 

Pelbagai tafsiran diberikan terhadap bencana alam yang melanda pada hari ini. Ada yang menyifatkan bahawa kononya Negeri Kelantan sedang dibersihkan sebelum perlaksanaan hukum tuhan (HUDUD) dilaksanakan pada 2015 yang masih belum bertarikh rasminya. Ada pula yang memberikan gambaran geografi menerusi perkajian dan selidikan menerusi akal waras manusia dengan melihat bagaimana banjir yang melanda negeri Kelantan pada tahun ini , adalah bah yang terburuk didalam catatan sejarah banjir negeri Kelantan. 

Berdoa dan berserahlah kepada Illahi yang mentadbir langit dan bumi agar 2015 nanti lebih memeberikan manfaat yang tinggi kepada seluruh isi perut alam dibumi ciptaaNya ini. Jangan kita pula dilekakan dengan hanya mengejar hasil ratusan juta sedangkan tanpa kita sedari bahawa tangan-tangan yang bersama kita yang ego dan enggan akur ini telah meragut kebahagian waris warah yang akan datang

SELAMAT MALAM 2014..........

No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading