Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

2015 DISAHUT AMUKAN ALAM

31 December 2014

2014 bakal melabuhkan tirai penghujungnya. Pelbagai coretan suka dan duka di dalam taqwim 2014 dilakarkan oleh manusia-manusia hebat didalam negara mahupun diluar negara. Namun 2014 mencoretkan 3 perkara sedih yang masih belum berjawap peritiwanya. 

Kehilangan pesawat MH 370 , pesawat MH 017 ditembak jatuh , serta banjir besar yang melanda tanahair terutama negeri-negeri disebelah pantai timur semenanjung Malaysia. Adakah ini menunjukan bahawa rakyat Malaysia akan terus menerus dirundung kesedihan apabila mentari 2015 menyinsig nanti. 

Yang pastinya adalah 2015 yang bakal menyingkap tabir mula pada Januari dengan mendengar AMUKAN ALAM kerana kerakusan segelintir manusia yang mengejar limpahan wang ringgit hasil dari penebangan balak yang tidak dikawal. Mempercayai Qada'dan Qadar tuhan sudah menjadi darah daging kita sebagai umat Islam yang berketurnan melayu ini. 

Pelbagai tafsiran diberikan terhadap bencana alam yang melanda pada hari ini. Ada yang menyifatkan bahawa kononya Negeri Kelantan sedang dibersihkan sebelum perlaksanaan hukum tuhan (HUDUD) dilaksanakan pada 2015 yang masih belum bertarikh rasminya. Ada pula yang memberikan gambaran geografi menerusi perkajian dan selidikan menerusi akal waras manusia dengan melihat bagaimana banjir yang melanda negeri Kelantan pada tahun ini , adalah bah yang terburuk didalam catatan sejarah banjir negeri Kelantan. 

Berdoa dan berserahlah kepada Illahi yang mentadbir langit dan bumi agar 2015 nanti lebih memeberikan manfaat yang tinggi kepada seluruh isi perut alam dibumi ciptaaNya ini. Jangan kita pula dilekakan dengan hanya mengejar hasil ratusan juta sedangkan tanpa kita sedari bahawa tangan-tangan yang bersama kita yang ego dan enggan akur ini telah meragut kebahagian waris warah yang akan datang

SELAMAT MALAM 2014..........

EDISI PANAS BANJIR : PERLU JAWAP SEBELUM RAKYAT "FUCK" NIK AZIZ

30 December 2014


Sekarang satu persatu rakyat membongkar kerahsiaan yang dibuat oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar Negeri kelantan terdahulu.

Jika sebelum ini pelbagai tohmohan dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO , perampok harta rakyat , pencabul hak rakyat , KAFIR dan macam-macam lagi tuduhan dibuat tanpa melihat sisi kain mereka sendiri. 

Hari ini apabila banjir besar melanda Negeri Kelantan, diantara puncanya adalah Kemusnahan hutan di Kelantan untuk tujuan Pembalakan atau Pertanian adalah dalam skala yang begitu dahsyat sekali. Kemusnahan kawasan tadahan semulajadi ini tidak dapat kita nafikan merupakan salah satu punca kepada banjir. Video ini saya rakam dari google earth menyusuri dari sungai kelantan di kota bharu naik ke hulu sehingga ke Lojing bersempadan dengan Perak.

JAHANAM HABIS !!!!!!!

SIAPA MAU TAMPIL KEHADAPAN UNTUK MEMBUAT PENAFIAN PEMBALAKAN INI BERLAKU DILUAR PENGETAHUAN LA KONON-KONONYA . WALHAL HASIL PEMBALAKAN SEMUA DAH KAUT. 

MUNGKIN SEBAB INI JUGA , PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI PAKATAN RAKYAT LAMBAT TURUN AGAKNYA . 



EDISI BANJIR : POLITIK PEMBANGKANG BERSIFAT "MENGANJING"

KEADAAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
Dengan sengaja memainkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia sedang bermain Golf di Hawaii dalam tempoh beliau sedang bercuti , adalah sebuah isu dan point yang boleh dianggap sampah dan tiada isu untuk diperhangatkan oleh parti pembangkang didalam pasca banjir di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung tanahair.

Dalam pada masa yang sama juga Timbalannya YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai pengerusi bencana melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih berada didalam negara dan menjalankan tugasnya sebagai pengerusi bencana sekaligus mewakili kerajaan persekutuan. 

Pembangkang memainkan isu kononya bantuan yang disalurkan oleh NGO atau badan bukan kerajaan kepada mangsa banjir sengaja disekat oleh anggota yang ditugaskan di setiap zon-zon merah serta di pusat-pusat pemindahan mangsa yang telah ditetapkan. Sedangkan penyaluran bantuan tersebut seharusnya perlu melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah diberi mandat bagi mengkoordinasikan apa sahaja keputusan yang difikirkan perlu. 

Namun kerana terkenal dengan sikap BODOH SOMBONG , implikasinya adalah lambakan bantuan yang hanya akan menyebabkan pembaziran yang nyata. 

Sebaliknya sekiranya bekalan bantuan yang cuba disampaikan kepada mangsa banjir melalui saluran yang betul. Rasionalnya adalah MKN lebih akan menempatkan bekalan yang benar-benar diperlukan oleh setiap mangsa banjir yang terlibat.

Apakah tidak terfikir oleh parti pembangkang bahawa Menteri Besar kelantan sendiri yang dari parti PAS juga turut bersetuju dengan plan tindakan yang telah diberikan bagi memastikan nyawa rakyat di Negeri kelantan khususnya yang menjadi mangsa kepada bencana alam ini berada didalam keadaan yang senantiasa diutamakan oleh semua pihak.

Sebaliknya pula yang datang dari luar Negeri Kelantan kelihatan seperti "LEBIH SUDU DARI KUAH " walhal, tidak pernah mengelola banjir pun seteruk Negeri Kelantan. Tapi dek kerana masing-masing mempunyai agenda politik , maka pelbagai isu pula ditimbulkan tanpa memikirkan bahawa penyelaras bencana masih lagi YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin malah, YAB.Dato'Seri Najib juga bergegas pulang dari luar negara bagi melihat sendiri apakah yang diperlukan bagi membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan demi rakyat Malaysia.

HENTIKAN LAH POLITIK BANGSAT PEMBANGKANG . JANGAN CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT KELANTAN LAGI DENGAN AGENDA POLITIK KOTOR PEMBANGKANG 

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading