Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

Bukan kali pertama anak saya dipukul samseng !!!!

13 October 2014


Sepasang suami isteri bertindak membuat laporan polis pada petang Jumaat lalu kerana , dipukul sekumpulan pelajar.Selepas beberapa kali anak lelaki mereka yang merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Rompin.

Azlan Abd Kadir, 37, berkata, anak lelaki sulungnya itu sudah beberapa kali dipukul sebelum ini dan pernah mengalami kecederaan yang agak serius namun diselesaikan di peringkat sekolah sahaja.

“Anak saya ditumbuk di bahagian kepala hingga jatuh dan tangannya luka. Ada yang membaling kerusi namun dia sempat mengelak, jika tidak tentu dia akan mengalami kecederaan teruk,” katanya.

“Kejadian sekumpulan pelajar yang memukul anak saya kali ini adalah kali kedua yang serius hingga menjadikan saya hilang sabar dan terpaksa membuat laporan polis kerana mereka sudah melampau.

Sebelum membuat laporan polis , Azlan Abd kadir pernah bertanyakan kepada kumpulan pelajar yang memukul anaknya, apakah sebab utama sehingga anaknya dipukul oleh kumpulan tersebut. Namun jawapan yang diberikan hanya kerana sifat dan sikap anaknya kelihatan seperti seorang yang berlagak.Menurut Azlan, ini bukan kali pertama dan kejadian mereka memukul anaknya sebelum ini sudah pernah diselesaikan di peringkat sekolah tetapi tidak sangka ia akan berulang semula.

Dalam pada itu, beliau berharap pelajar yang bersalah akan dikenakan tindakan agar keselamatan anaknya lebih terjamin apabila berada di sekolah atau ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya mengesahkan laporan berkaitan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun Keseksaan.

“Sebelum ini anak saya cedera di mulut dan mata tetapi kami tidak buat laporan polis, cuma selesai di peringkat sekolah melalui perjumpaan dengan pelajar-pelajar berkenaan yang diatur pihak sekolah serta berakhir dengan perdamaian.

“Pada malam selepas kedua ibu bapa pelajar itu membuat laporan polis, seramai empat pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan. Punca pergaduhan pula dipercayai disebabkan pengadu mengejek nama bapa kepada salah seorang suspek,” katanya.


No comments:

Post a Comment

 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading