Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

HASAN MALEK PUNYA SEMBANG

08 January 2015



"OPS PASCA BANJIR "

Beginilah sembang ber-degar Hasan Malek yang juga Menteri KPDNKK . Operasi kawalan harga barang secara besar-besaran akan dilakukan hari ini di seluruh pusat beli belah dan kedai-kedai runcit bagi memastikan harga barang tidak naik mendadak semasa dan selepas bencana banjir terutama sekali kepada 4 negeri yang terlibat iaitu Pahang , Kelantan , Perak dan Terengganu. 

Persoalanya, mampukah KPDNKK melakukan pemantauan tersebut sepanjang masa ? 

Sewaktu operasi berjalan , memang harga barangan akan kembali kepada asal , sebelum ianya dinaikkan , namun apa pula akan berlaku sekiranya operasi tersebut tamat ? sedangkan yang ada sekarang pun , harga barangan dan makanan dinaikkan sesuka hati , dah macam senario pilihnaraya kecil la pulak. 

"Operasi secara besar-besaran diadakan bertujuan untuk memastikan barangan makanan dan keperluan adalah mencukupi dan dapat dibeli dengan harga berpatutan semasa dan selepas banjir," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan barangan keperluan sekolah kepada mangsa banjir daripada lapan pasar raya dan pasar raya besar.

2000 orang penguatkuasa telah dikerahkan untuk memantau dan mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. 

PS:

macam ni lah , apakata setiap ambush yang dilakukan oleh KPDNKK tidak perlu diwar-warkan kepada umum menerusi media massa dan media cetak. Apa yang penting adalah menyiarkan peruncit-peruncit dan peniaga-peniaga makanan yang kena ambush harga mereka dalam berita dan akhbar , baru rakyat nampak dan ada keberkensaanya sebelum dan selepas operasi berjalan. 

Belum apa-apa dan buat annoucement , keluar Tv , FB , Twitter bagai . bila golongan peniaga dan perucit tahu perihal ini , tidak mustahil mereka dengan pantas akan menurunkan harga mereka, namun selepas operasi KPDNKK berkahir , mereka akan menaikkannya semula. Logik la sikit bila bertindak tu. 

............................apa kata anda pula......


 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading