Pages

Aku bukan mengejar nama didalam perjuangan , tetapi ... cukup lah ianya dikenang ..... "Dengar sini rakan2 ku sekampung , aku berharap jangah hendaknya ada lagi manusia seperti ini ditanahair kita. Kerana manusia yang seperti ini lah yang akan merosakkan keturunan kita .. ya memang bangsa kita masih muda dan masih lemah ...harapan ku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya......"

RASA NAK MARAH !!!!! Lambakan Pendatang Asing , Subsidi , Mereka Turut Rasa Seronok !!!!

13 October 2014

RM40.5 bilion. Itu jumlah pelbagai subsidi yang ditanggung kerajaan bagi tahun ini, seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2015, Jumaat lalu.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 10 tahun lalu apabila kerajaan hanya memperuntukkan RM588 juta untuk subsidi pada 1994.

Najib berkata, subsidi sebanyak RM23.5 bilion diberikan pada 2013 semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah akibat peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Tetapi adakah pertambahan jumlah kenderaan satu-satunya sebab utama mengapa subsidi petrol meningkat?

Bagaimana pula dengan kebanjiran warga asing yang berada di negara ini dan rakyat negara jiran yang datang semata-mata untuk membeli barang bersubsidi yang sepatutnya hanya layak dinikmati rakyat Malaysia?
...........................................................................................................

Ada betul jugak dengan laporan yang ditulis oleh akhbar tempatan ni. 

Subsidi yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia sahaja, ekoran daripada lambakan pendatang asing bangladesh , Indonesia , nepal , Myanmar , Filliphinos , dan lain-lain mereka juga merasakan subsidi yang diberikan kepada rakyat yang mengeluarkan duit sendiri untuk membayar cukai itu dan ini. Sedangkang bangsa pendatang asing tidak pula disuruh membayar tax atau cukai seperti mana rakyat Malaysia bayar diantaranya adalah cukai pintu. 

Rasa macam nak marah pun ye jugak. 

Seharusnya kerajaan harus mengenakan cukai tertentu kepada seluruh pendatang tenaga kerja yang mungkin mencecah jutaan orang jika dicampurkan semua sekali. Lihat sahaja apabila cuti umum musim peraayaan tiba , bandar Kuala Lumpur dilimpahi oleh golongan mereka sahaja. tetapi cukai apakah yang mereka perlu bayar di Malaysia? 

Sebaliknya mereka pula dapat tempias daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia . 

Mat Razi Angkat Sumpah Sebagai Adun hari ini !!!!


Mat Razi Mat Ail, 48, daripada BN yang menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

Dalam PRK itu, Mat Razi, menang dengan majoriti 2,635 undi selepas mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, yang menerima 38 undi sahaja. 

Mat Razi pada PRK itu berjaya menambah majoriti sebanyak 899 undi berbanding penyandang Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lalu.

Majlis angkat sumpah tersebut berlangsung sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri kelantan bermula di hadapan Speaker Datuk Abdullah Ya'kub.


Bukan kali pertama anak saya dipukul samseng !!!!


Sepasang suami isteri bertindak membuat laporan polis pada petang Jumaat lalu kerana , dipukul sekumpulan pelajar.Selepas beberapa kali anak lelaki mereka yang merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Rompin.

Azlan Abd Kadir, 37, berkata, anak lelaki sulungnya itu sudah beberapa kali dipukul sebelum ini dan pernah mengalami kecederaan yang agak serius namun diselesaikan di peringkat sekolah sahaja.

“Anak saya ditumbuk di bahagian kepala hingga jatuh dan tangannya luka. Ada yang membaling kerusi namun dia sempat mengelak, jika tidak tentu dia akan mengalami kecederaan teruk,” katanya.

“Kejadian sekumpulan pelajar yang memukul anak saya kali ini adalah kali kedua yang serius hingga menjadikan saya hilang sabar dan terpaksa membuat laporan polis kerana mereka sudah melampau.

Sebelum membuat laporan polis , Azlan Abd kadir pernah bertanyakan kepada kumpulan pelajar yang memukul anaknya, apakah sebab utama sehingga anaknya dipukul oleh kumpulan tersebut. Namun jawapan yang diberikan hanya kerana sifat dan sikap anaknya kelihatan seperti seorang yang berlagak.Menurut Azlan, ini bukan kali pertama dan kejadian mereka memukul anaknya sebelum ini sudah pernah diselesaikan di peringkat sekolah tetapi tidak sangka ia akan berulang semula.

Dalam pada itu, beliau berharap pelajar yang bersalah akan dikenakan tindakan agar keselamatan anaknya lebih terjamin apabila berada di sekolah atau ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya mengesahkan laporan berkaitan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun Keseksaan.

“Sebelum ini anak saya cedera di mulut dan mata tetapi kami tidak buat laporan polis, cuma selesai di peringkat sekolah melalui perjumpaan dengan pelajar-pelajar berkenaan yang diatur pihak sekolah serta berakhir dengan perdamaian.

“Pada malam selepas kedua ibu bapa pelajar itu membuat laporan polis, seramai empat pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan. Punca pergaduhan pula dipercayai disebabkan pengadu mengejek nama bapa kepada salah seorang suspek,” katanya.


PELIK !!!! PETROL , LPG DAN DIESEL TIDAK DIKENAKAN GST !!!!!!

10 October 2014


Pembentangan Bajet 2015 oleh Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sedang berlangsung di Dewan Rakyat Parlimen. Apabila di umumkan oleh beliau Petrol Ron95, Diesel dan LPG tidak akan dikenakan GST. 

Sekarang apa yang bermain difikiran rakyat Malaysia sudah terjawap, ternyata apa yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim bersama konco-konconya yang lain adalah meleset sama sekali.

Ini membuktikan sekaligus apabila bajet 2015 yang berteraskan "Ekonomi Keperluan Rakyat" bakal memberikan kesan positif dan impak yang tinggi kepada percambahan ekonomi dan pendapatan isi rumah pada masa akan datang.

Maka benarlah kata orang-orang lama , jangan mudah beranggapan negatif kepada apa yang cuba dirancangkan oleh pemimpin Barisan Nasional yang digelarkan "KERAJAAN TORUD". 

.....................................................................................................

Agak ternganga juga wajah pemimpin pembangkang Hassan tengok. Kedengaran suara kecil dari sebelah pembangkang seolah tidak boleh menerima kenyataan sebenar Kerajaan Malaysia pimpinan Dato Seri Najib begitu detail membuat perkiraan mengikut perkembangan ekonomi negara. 



HARUS BACA !!!!!! TUN MAHATHIR BERI AMARAN KEPADA NAJIB !!!

08 October 2014



Former prime minister Tun Dr. Mahathir Mohammad warned Datuk Seri najib that the latter would face a bleak future if the continues to use the same approach his leadership.

He said he is happy that the government had openly accepted his critism,but this has not caused najib to change his ways. 

“those who do not take heed from previous experiences and continue with the old approach will undure the same achievements or worse in the future”,Dr Mahathir said in a blog posting yesterday.

Dr.mathir noted that barisan nasional (BN) under his successor Tun Abdullah Badawi won big in the 2004 general election,but lost five states and had a huge decline in the number of parliamentary seats won in 2008.

“By right,his successor should obtain a better result.But,no the sixth prime minister (Najib) did worse in the 13th General Election after government money was giver to millions of people,abd the new Economics Policy was abandoned,helping those who did not appreciate it,it,increasing the government’s debts,and listening to outside consultants among others.

“many policies,approaches and actions taken by the government under najib have destroyed interracial ties,the economy and the country’s finances”

Dr. Mahathir also expressed fear that BN would lose in the next general election if najib continues as prime minister.

HARUS BACA !!!!! APABILA KETIRISAN DAP DIPERTIKAI AHLI DAP !!!!

06 October 2014



" Hanya kerana DAP mempunyai ramai pengamal undang-undang dalam partinya, maka kadang-kadang mereka 'naik minyak' dengan menganggap diri mereka itu sebenarnya kebal undang-undang. Jangan pergunakan mahkamah untuk membohongi ahli serta rakyat berhubung kedudukan sebenar pemilihan CEC," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng didesak tampil memberi penjelasan kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun terdapat pelbagai aduan salah laku semasa pemilihan parti itu.

Bekas juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min mendakwa parti itu sebenarnya mempergunakan peluang yang ada untuk terus memanipulasi fikiran akar umbi seolah-olah tidak ada sebarang unsur penipuan dalam pemilihan parti.

"Kami mahu Guan Eng jawab mengapa putar belit fakta, kononnya ROS akur dengan pemilihan semula DAP sedangkan ROS awal-awal sudah menafikan perkara tersebut. Kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dikeluarkan oleh Gobind Singh sebenarnya mengelirukan serta mengecewakan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli DAP yang mahukan pengadilan.

Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy menyoal dakwaan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong terdapat 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.

Kata Vellasamy, tindakan DAP yang memohon kelulusan 120 cawangan parti itu daripada ROS selepas pemilihan semula CEC itu diadakan pada tarikh berkenaan mengundang pelbagai tanda tanya.

"Jika 120 cawangan tersebut hadir semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, mengapa baru sekarang baru mahu mohon kelulusan daripada ROS?

"Cawangan saya sendiri tidak dibenarkan untuk hadir mengundi pada pemilihan lepas, walaupun saya telah dipecat namun beberapa cawangan saya masih aktif dan sah. Kami juga ingin tahu tentang 500 surat akuan yang dihantar kepada ROS oleh Anthony Loke, apakah statusnya," ujar Vellasamy.

..........................................................................................................

Begitulah masalah dan rahsia DAP didalam perancangan mereka menjatuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia. Mungkin ada yang tahu , mungkin juga ada yang tidak mengetahuinya. 

Jika sekali pandang Yap Kon Min dalah trouble maker dalam erti kata lain "Chiness Is Chiness" nak kambus cerita buat satu cerita lain yang kononya DAP nampak bermasalah dan mengaburi mata rakyat dengan penjelasan selepas itu oleh pemimpin parti cina DAP. 

Mungkin betul , Mungkin juga tidak. 

Namun yang pastinya ketirisan DAP yang melibatkan ROS telah menampakkan bahawa DAP adalah parti anak beranak fahaman komunis cuba jadi hero di kalangan masyarakat cina di Malaysia. Itu lah hakikatnya . 

Pada awalnya , melibatkan peguam-peguam didalam parti DAP dengan memberikan elaun-elaun tertentu agar membolehkan mereka memutar belitkan keadaan dari segi perundangan. Siapa yang tidak tahu ..."Because Of Money ... Anythings Can Happen ..." ini lah dia kelemahan yang ada pada orang Melayu. 

Hassan akan memandang dan terus mangkaji. 

"MENCARI PUNCA ....ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENCARI KESALAHAN .... "

TERKINI : BOT TEMPUR TLDM DIYAKINI SELAMAT KERANA MEMPUNYAI DAYA APUNG YANG TINGGI


Pada awal pagi tadi negara digemparkan dengan kehilangan Bot Tempur milik Tentera Laut Di-Raja Malaysia CB 204 di perairan Sabah ketika beroperasi didalam cuaca yang buruk di Perairan Mangalum Sabah. 

Seramai 7 orang Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia berada di dalam bot tempur yang cipta dengan daya apungan yang tinggi di yakini masih hidup dan mampu untuk terus berlajar kerana ciptaanya yang mempunyai daya apungan yang tinggi. 

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi.

Beliau berkata, jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula.

"Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

"Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

HARUS BACA !!!! PAS BUKAN RAKAN SEKUTU PR LAGI !!!!!


Mengapa PAS masih berada didalam sekutu Pakatan Rakyat ? 

Tidak seorang pun yang tahu apakah yang termetrai disebalik perjanjian bersatu diantara 3 parti politik pembangkang negara iaitu PAS , PKR dan DAP. Namun apa yang diwar-war kan kepada seluruh rakyat di tanahair adalah penyatuan yang membawa suara demokrasi yang sebenar kepada rakyat Malaysia. 

Namun mutakhir ini, kita sering melihat dan mengetahui pelbagai kisah buruk mereka sesama mereka yang pada hakikatnya adalah tidak sehaluan dan tidak seperjuangan lagi. Perkara ini semakin jelas terbukti apabila PAS mula melakukan U-Turn disaat akhir ketika Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar Selangor dan Sultan meminta agar Khalid membuktikan ada suara mejoriti yang menyokongnya.

Sejak PAS bersetuju untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) didalam gerakan sewaktu PRU-13 lalu, PAS seolah yakin bahawa mereka akan mampu dan mengajar pemimpin pembangkang yang lain apakah HUDUD yang sebenarnya dan perlaksaanya mengikut kaedah yang telah ditetapkan islam . Namun Usaha tersebut menemui kegagalan apabila rakan sekutunya tidak mempersetujui HUDUD dilaksanakan di Malaysia. 

Hudud dan Negara Berkebajikan itu adalah asas sebenar perjuangan PAS dari dulu lagi. Tinggal lagi wadah negara berkebajikan itu adalah usaha PAS yang kedua selepas perlaksaan Hudud di Malaysia berjaya dijalankan. Namun setelah bersatu dengan 2 lagi parti politik pembangkang DAP dan PKR , usaha PAS dilihat seperti sudah tidak relevan lagi sungguhpun sebuah majlis telah ditubuhkan bagi memperbincangkan isu perlaksaan Hudud di Malaysia.

Seperti sidang pembaca sedia maklum, didalam PAS sendiri terdapat beberapa golongan. Antaranya adalah , Golongan Pemimpin , Golongan Ulamak , Golongan Anwarinas (ProAnwar) dan Golongan Pemuda PAS ( yang berdiri dibelakang barisan Ulamak). Ini menunjukan bahawa PAS bukan lah sebuah parti yang stabil dari segi pentadbiran. 

Namun apabila Datuk Ustaz Haron Din diletakkan bersama-sama PAS dan golongan ulamak , Presiden PAS Hj,.Hadi Awang kelihatan lebih tegas dan berpendirian didalam membuat keputusan di peringkat Pemimpin Parti Pembangkang. Perkara ini jelas apabila Ustaz Haron Din telah mengeluarkan suaranya agar Hj.Hadi Awang melihat semula Tahaluf Siyasi diantara PAS , PKR dan DAP. Ini sekaligus membuktikan bahawa Ustaz Haron Din telah merasakan tidak selesa dengan 2 lagi pemimpin parti pembangkang DAP dan PKR.

Jika dilihat pula dari sudut sokongan Pemuda PAS terhadap pemimpin seperti Mat Sabu , jelas menunjukan bahawa Dewan Pemuda PAS tidak menerima dan memboikot Mat Sabu yang secara terangnya bahawa diri Mat Sabu sendiri adalah Pro-Anwar Ibrahim dan tidak berada didalam perjuangan sebenar PAS , walaupun pada hakikatnya Anuwar Ibrahim sendiri yang pernah berjanji akan bersama-sama PAS didalam perjuangan demi menumbangkangkan "Rejim Thoghrot" yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tindakan meninggalkan Dewan Pesidangan ketika Mat Sabu berucap didalam dewan Pemuda, secara jelas menunjukan bahawa penyokong mejoriti PAS itu, tidak menyukai Anwar Ibrahim, mungkin akan berlaku perkara yang sama sekiranya Anwar Ibrahim sendiri yang berucap pada ketika itu. Mat Sabu yang melihat peristiwa tersebut hanya terkedu melihat lebih dari 50% ahli Dewan Pemuda PAS bangun dan meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu berdiri yang memberi salam kepada khalayak.

Sudah sampai PAS untuk membuat sebuah keputusan yang akan memeranjatkan semua orang terutama 2 rakan politiknya iaitu DAP dan PAS. Jika PAS tidak berbalik semula kepada UMNO sekalipun tidak mengapa.Biarlah PAS menjadi "SINGLE PARTY" sahaja. 








GEMPAR !!!! BOT TEMPUR TLDM HILANG DARI RADAR !!!!


Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan Bot Tempur milik Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) hilang dari radar  semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah. 

Ketika kejadian berlaku bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.eliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.

Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.

Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya.


HARUS BACA !!!! IMPIAN ANWAR DAN PAKATAN DI MALAYSIA !!!

02 October 2014


Ramai yang ada melihat atau mungkin terlihat apakah kesan/akibat dari permainan politik Anwar yang menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari sudut umum, tujuan Langkah Kajang itu adalah untuk meletakkan Wan Azizah sebagai boneka Anwar. Tetapi, dari sudut yang lain pula, nampaknya ianya juga bermotifkan untuk memporak porandakan PAS. Alahai........kesian PAS.............hingga kini masih kabur untuk memilih yang mana kawan dan yang mana pula lawan! Mungkin kerana terlalu taksub hendak memerintah negara ini, sampaikan Anwar pun dianggap berdaulat! Apabila Majlis Syura PAS sudah mula ditikam belakang oleh pihak Anwarinas, itu sudah cukup untuk kita menanti yang retak akan terbelah jua nanti.


Syabas Anwar.........kerana ini berita baik untuk orang Melayu!

Dan yang menariknya pula, ada pula susulan selepas peristiwa diatas. Apabila Tun Dr. Mahathir menegur dan menasihati Azmin agar mentadbir Selangor dengan pendekatan sendiri...........Tun Perak Moden ini nampaknya bercakap dengan makna yang cukup mendalam. Dalam erti kata lain, masa sudah sampai untuk Azmin meninggalkan Anwar dan Azizah! Sekiranya ini berlaku, pastinya PKR akan berpecah pula kerana Azmin juga akan membawa penyokongnya menentang Anwar.

HEBAT SUNGGUH ...........SEKIRANYA HELAH MELAYU INI BENAR...........!

Sekiranya ini berlaku, maka secara tidak langsung Pakatan akan terbubar dengan sendiri akhirnya.
Dari pendapat penulis, hanya inilah caranya untuk menyatupadukan orang Melayu. Hikmahnya, ikatan Melayu kembali bertaut diatas dasar bangsa, agama dan negara!

Dan, apa pula agaknya yang akan berlaku pada parti chauvinist DAP? Sudan pasti mereka juga akan goyang kerana pergabungan Melayu itu menandakan undi mereka tidak diperlukan lagi untuk memenangi pilihanraya PRU14. Majoriti Bumiputera itu sudah mencukupi. Sekiranya ini berlaku, pasti penyokong DAP akan goyang untuk keluar dari parti kerana mereka takut .......... susah mau buat duit ma.......kalau tak sokong kerajaan!!! "Haiya, lu sama gua abang adik ma........." Itulah ungkapan mereka apabila terdesak atau memerlukan sesuatu dari kita.

Akhir kata, dunia akan terkejut dengan kejutan yang amat perit. Dan si Zionis pun pasti menepuk dahi mereka berkali2.............Alahai, aku kena tipu lagi!!!!

Terimakasih Anwar.............Berita baik untuk Orang Melayu?

SUMBER:FB

GEMPAR , KENYATAAN TUN M !!!!!! UMNO TIADA PELUANG UNTUK AMBIL SEMULA SELANGOR !!!!!


KUALA LUMPUR, Oct 2 — Umno will not likely be able to claw back control of Malaysia’s richest state any time soon, Tun Dr Mahathir Mohamad said today.

The former president of the Malay party poured scorn on Umno for failing to take advantage of the recent leadership crisis in Selangor when its political foes were caught up with internal strife, to strengthen its position in the state now under Pakatan Rakyat (PR) rule.

“I’m sad to see Umno not gaining anything during Pakatan’s political disarray.

“What has happened to Umno? It seems weak and not able to recover to rule the state again. Previously, we controlled Selangor and now we have no chance even when others are divided,” he was quoted by national news agency Bernama as saying after delivering a speech at the Wadi Sofea College in Kota Baru, Kelantan.

Umno holds 12 seats in the 56-seat Selangor legislative assembly following a dismal showing at the general elections last year.

The Kedah-born, the country’s longest-serving prime minister, has long criticised his party’s direction after leaving office 11 years ago.
Dr Mahathir had recently accused Umno of self-censorship, saying the culture of silencing dissent and fear of speaking out was entrenched.

In a blog post last month, Dr Mahathir also derided the Najib administration and its policies as reflecting a culture of “yes-men”, but later added that the criticism was not a personal attack on current Umno president and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Though Dr Mahathir is seen to still hold a degree of influence among some members in Umno, others have less fear in countering the veteran’s remarks now.

Several Umno supreme council members told Malay Mail Online last week that Dr Mahathir’s criticism of Najib over policy decisions made jointly by the administration and lawmakers was “unfair”.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin openly told Dr Mahathir two days ago that the 89-year-old was wrong to claim Umno needed reforms to allow for internal criticism.

It was the first time in years the Rembau MP has directly addressed his fiercest critic Dr Mahathir, who once blamed the government’s poor electoral performance in 2008 on Khairy, the son-in-law of then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

TERBARU !!!!! RAS ADIBA RADZI BERADA DI ICU !!!!

01 October 2014

Melalui kemaskini terkini melalui Facebook hari ini, adik kepada pengacara TV popular Ras Adiba Radzi memaklumkan kakaknya itu kini terlantar di hospital akibat masalah kesihatan.
Ras Afiona Radzi menulis yang kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam dan mengalami sawan (seizure) sejak semalam.
“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi. Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.
Sinar Harian melaporkan sebelum ini, pada 1996, beliau pernah mengalami satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia. Akibat kemalangan itu, Ras Adiba terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.
Kemudian, Ras Adiba sekali lagi terlibat dalam satu lagi kemalangan pada tahun 2002 apabila diserang individu tidak dikenali di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan beliau lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia.
Sama sama kita doakan kesihatan Ras Adiba Radzi kembali pulih

Sumber :rotikaya.com

HARUS BACA !!!!!! BAPAK MAKAN ANAK HIDUP-HIDUP !!!!!


Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemukan seorang lelaki berlatar belakang pengguna dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.

Setelah mengetahui bahawa ayah memakan anaknya, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, tempat dia ditahan setelah melalui perjuangan yang singkat. Polis mengatakan penemuan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang dideritanya.

Ketua PolisTabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk ditanyai sejumlah pertanyaan. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sersan Tapea mengatakan tersangka utama telah dikenal . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upaya untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.
Tape juga mengatakan tersangka memiliki catatan sejarah panjang tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal semacam itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.

Pada 2009, diperkirakan sekitar 50 orang terbunuh dalam pembunuhan terkait sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.
Sejumlah misi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengerahkan segala upaya untuk mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.
 

Hassan Melayu

Hassan Melayu
Warisan Anak Banjar Tanah Melayu

Blogger news

Blogroll

Most Reading